Lama menyepi, pelakon dan pelawak Enot memuat naik hantaran baharu di TikTok seolah-olah menujukan kepada seseorang.
Menerusi hantaran itu, Enot mengatakan tidak mahu memperbesarkan isu kerana dia bukan seorang yang suka bergaduh dan bermusuh.
Luahan itu juga dilihat seperti kesal dengan tindakan seorang kawan yang didakwa membuka aibnya.
“Bercakap selagi kau mampu bercakap dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam.
“1 aib aku kau buka, Insya-Allah 10 aib kau akan terbuka,” katanya.
Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdulla juga berkata, dia tidak dapat menerima dengan kata-kata indivdu tersebut sehingga pelawak itu menjauhkan diri.
“Gali lagi dalam apa yang kau buat dekat aku sampai aku jauh hati macam ni.”
Dia turut berkata dirinya menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT dah hanya Allah yang tahu isi hatinya.
Menerusi ruangan kapsyen Enot turut meletakkan tanda pagar seperti mengatakan selagi dia mendiamkan diri tidak bermakna dia bersalah.
Dalam hantarannya beberapa hari sebelum itu, Enot turut meluahkan perasaannya dan meminta pihak yang dituju tidak mencabar kesabarannya.
Baca: “Bahagia kat dunia je” – Didie Alias Luah Rasa Kesal, ‘Kawan Baik’ Terjebak ‘Hubungan Songsang’?