Kalau korang jenis suka cabar diri atau baru nak berjinak-jinak dengan sukan aktif, korang kena join POWERMAN Malaysia 2025 by OMODA | JAECOO! Berbanding tahun-tahun lalu, tahun ni lebih istimewa kerana acara duathlon terbesar di dunia bakal meraikan ulang tahun ke-20 dan seperti biasa acara ni akan berlangsung di Putrajaya dari 20 hingga 22 Jun.
Dijangkakan, seramai lebih 4,500 peserta akan mengambil bahagian dalam POWERMAN Malaysia 2025. Kalau korang nak join, tapi tak tahu kategori mana yang paling sesuai, baca artikel ni sampai habis.
Kategori Classic: Untuk yang nak cabar had diri
Untuk yang nak rasa pengalaman penuh, POWERMAN Malaysia 2025 by OMODA | JAECOO membawakan kategori Classic untuk korang. Ia akan bermula dengan 10KM larian pertama, diikuti dengan 60KM berbasikal dan diakhiri dengan 10KM larian terakhir.
Kategori ni memang sesuai untuk orang yang dah biasa berlatih atau ada pengalaman dalam acara ketahanan untuk capai personal best. Tapi kalau korang baru nak mula dan nak cabar diri sendiri, boleh je join cuma pastikan korang ada latihan asas dan stamina.
Kategori Short: Cabaran yang ringkas tapi berbaloi
Kalau korang baru nak berjinak-jinak dnegan duathlon, kategori Short ni memang sesuai sangat. Korang perlu buat larian 5KM, kayuh basikal sejauh 30KM dan habiskan dengan larian akhir 5KM. Acara ni terbuka untuk peserta berumur 16 tahun ke atas.
Kalau korang nak tahu, ramai peserta first-timer yang pilih kategori ni sebab jaraknya lebih pendek. So, kalau korang aktif bersenam dan nak rasa sendiri pengalaman race sebenar, korang kena join kategori ni.
Kategori POWERKIDS: Untuk anak-anak aktif
Kalau anak korang jenis lasak dan suka berlari atau kayuh basikal, jom bawa dorang cuba pengalaman duathlon ni. Kategori ni terbuka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 15 tahun dan acaranya pula dibahagikan mengikut umur:
- 6-8 tahun: 0.5KM lari, 1KM basikal, 0.5KM lari
- 9-11 tahun: 1KM lari, 4KM basikal, 1KM lari
- 12-15 tahun: 2KM, 8KM basikal, 2KM lari
Kategori ni bukan je seronok ia turut membantu anak-anak untuk tingkatkan keyakinan, daya saing dan gaya hidup sihat.
View this post on Instagram
Untuk yuran penyertaan pula, harga kategori Classic adalah RM499 dan Short RM399 untuk slot akhir (Late Entry). POWERKIDS pula, yuran bermula dari RM159. Semua harga ni belum masuk SST dan caj pemprosesan portal.
Kalau korang nak join, memang kena daftar cepat-cepat sebab slot Super Early Bird, Early Bird dan Regular untuk kategori dewasa dan pun sold out!
Manakala hadiah yang ditawarkan oleh POWERMAN Malaysia 2025 by OMODA | JAECOO pula berbentuk wang tunai dan pingat kepada pemenang. Untuk kategori Classic, pemenang tempat pertama dalam kategori Open boleh bawa pulang sehingga RM3000. Manakala untuk kategori Short, hadiah yang ditawarkan ada RM1,000 untuk juara Open.
Untuk POWERKIDS pula, semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima pingat.
Selain dari perlumbaan, POWERMAN Malaysia 2025 by OMODA | JAECOO turut membawa misi komuniti dengan menjalinkan kerjasama bersama Yayasan Chow Kit bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Jadi, setiap langkah dan kayuhan yang korang buat merupakan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat penuh dan pendaftaran, layari laman web rasmi mereka di sini serta ikuti POWERMAN Malaysia di Facebook dan Instagram. Jangan tunggu lama-lama sebab slot terhad!