Ketepi Sentimen Agama, Wanita Nyanyi Lagu ‘Ave Maria’ Dalam Gereja Untuk Penghormatan Terakhir Sahabat Karib

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Indonesia diketahui umum sebagai negara yang mempunyai populasi rakyat beragama Islam paling ramai di dunia. Namun, ramai yang bimbang dengan toleransi agama yang semakin menjadi-jadi di negara seberang itu. Walaupun begitu, perbezaan agama tidak menghalang hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam di negara tersebut.

Perkara itu terbukti apabila baru-baru ini, seorang wanita berhijab di Jakarta menyanyikan lagu rohani katolik ‘Ave Maria’ di majlis pengebumian sahabat baiknya, Chatarina Suyanti yang berlangsung di sebuah gereja, lapor Coconuts. 

Sumber: Facebook

Seorang individu, Budi Soehardi telah berkongsi di laman Facebook kisah rakannya menyaksikan seorang wanita sedang menyanyi lagu Ave Maria bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Suyanti.



Sumber: Youtube

Bertudung litup, wanita bersuara merdu itu dirakam mengalunkan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Video 1 minit 39 saat yang dimuat naik oleh Budi Soehardi tular serta merta di laman sosial dan telah mendapat lebih sejuta tontonan.

Sumber: Facebook

Ternyata mendiang Chatarina Suyanti sangat disayangi oleh kawan-kawan sewaktu hidupnya sehingga ada yang sanggup memberikan penghormatan kepadanya dengan cara yang istimewa seperti ini. Ramai netizen memuji tindakan wanita itu yang memberikan contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana bahawa perbezaan agama tidak menjadi halangan dalam persahabatan.

Sumber: Facebook

Hubungan antara si mendiang dengan rakannya ini membuktikan bahawa masih wujud individu yang lebih mementingkan hubungan baik sesama manusia dan persahabatan yang ikhlas daripada mengambil kisah persepsi buruk masyarakat terhadap sentimen keagamaan.

Tonton kemerduan alunan penuh penghayatan wanita tersebut di bawah:

Sumber: Youtube



Baca: Tukang Cuci Warga Indonesia Pulangkan Dompet Berisi RM12,600 Tercicir di Times Square Dipuji Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.