in

8 Nasi Daun Pisang Power Di KL & PJ Yang Masih Menggunakan Daun Pisang Asli

Nasi1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi daun pisang, dengar nama pun dah boleh buat kita terliur. Bukan setakat kaum India tapi kaum Melayu dan Cina pun suka! Mat saleh pun suka weeeeehhhh!! Ternyata nasi daun pisang ni bukan sahaja menjadi pilihan rakyat Malaysia tapi juga pelancong luar.

Kredit: Blog / Susie Tip
Kredit: blog / susie tip

Sebut je nasi daun pisang, Sri Nirwana Bangsar dan Raj’s Banana Leaf di Petaling Jaya pasti menjadi pilihan ramai. Famous sangat dah dua kedai ni. Jadi kali ini, kami nak kongsikan restoran-restoran lain yang hidangkan nasi daun pisang di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur!


Tidak semua kedai masih menggunakan daun pisang yang asli, jadi kali ini kami senaraikan restoran yang masih menggunakan daun pisang asli. Baru lah ada kick!

 

1. Devi’s Corner

Devi

Terletak di Bangsar, restoran ini juga menjadi salah satu pilihan utama pelanggan yang suka nasi daun pisang. Ada yang kata nasi daun pisang di sini lagi kick daripada pesaingnya yang lebih popular itu. Haa boleh lah pergi try kalau nak tahu!

Alamat: 14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 jam

Devi1

Devi2

 

 

2. Sri Paandi Restaurant

Ø;

Mana lagi nak rasa nasi daun pisang power kalau bukan di Little India, Brickfields kan! Sri Paandi juga mempunyai cawangan di Petaling Jaya. Ayam goreng di sini juga diminati ramai, so jangan lupa try!

Alamat: 254, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 24 jam

Sri3
Kredit: vkeong. Com

Sri2

 

 

3. Jaipur Curry House

Jaipur

Kalau datang lunch time memang satu cabaran untuk dapat tempat duduk sebab memang akan dipenuhi pelanggan tapi mereka ada kaunter khas untuk yang datang untuk tapau. Lain dari yang lain, kedai ini jual ayam dalam saiz kecil molek je!

Alamat:  32, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Petaling Jaya

Waktu operasi: 6am – 9.30pm (Isnin-Ahad)

Jaipur1

Jaipur2

 

 

4. Sri Suria Curry House

Suria

Walaupun baru dibuka pada tahun lalu, kedai ini sudah menarik ramai pelanggan dengan hidangan nasi daun pisang mereka. Popular dengan kombo briyani, kalau nak tahu pergi serbu cepat!

Alamat: No. 3A, Jalan SS3/39, PJ 21 Kelana Jaya, 47300 Selangor

Waktu operasi: 7am – 11pm (Isnin-Ahad)

A1

A2

 

 

5. Sri Ganapathi Mess

Gana

Kedai ini memang legend di Petaling Jaya. Mungkin agak tersorok kerana ianya sebuah rumah yang dijadikan restoran. Tetapi kedai ini tetap berjaya menarik ramai pelanggan setiap hari kerana sudah menjadi bualan ramai sejak dulu lagi.

Alamat: 47, Jalan 1/10, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 11.30am – 3pm (Isnin-Ahad)

Suria3

Gana2

 

 

[sociallocker id=1666]

6. Acha Curry House

Acha3

Satu lagi kedai di Petaling Jaya yang menjual nasi daun pisang. Lain dari yang lain, mereka ada jual kari bawang, kari ikan masin dan ketam. Paling menarik sekali, mereka ada sambal ikan bilis!

Alamat: No 271, Jalan 5/51, Bukit Gasing 46000, Petaling Jaya

Waktu operasi: 7.30am – 4.30pm (Isnin-Ahad)

Acha1

Acha2

 

 

7. The Madras Club

Madras

“Varuval” daging kambing,sambal sardin dan udang masak kicap antara hidangan yang wajib di cuba kalau makan di sini. Dimiliki oleh seorang wanita berusia 32 tahun, restoran ini cukup selesa walaupun kecil dan hanya boleh memuatkan 60 pelanggan dalam satu-satu masa.

Alamat: No, 51, Jalan 11/62a, Bandar Menjalara, 52200 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7am – 10pm (Isnin-Ahad)

Madras1

Madras2

 

[/sociallocker]

 

8. Fierce Curry House

F5

Nasi daun pisang bukan lah satu-satunya makanan yang orang ramai suka di sini. Pelbagai jenis makanan lain juga antara sebab kedai ini dipenuhi ramai. Hyderabad Dum Briyani antara yang paling popular di sini selain nasi daun pisang.

Alamat: 16, Jalan Kemuja, Bangsar 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10.30am – 10pm (Isnin-Ahad)

F1

F2

 

 

Haaaahhh! Lepas ni kalau dua restoran nasi daun pisang paling popular tu terlalu ramai pelanggan atau mungkin anda mahu rasa sesuatu yang lain boleh lah pi serbu restoran-restoran yang kami baru share ni 😀

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.