Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza. Oleh itu, adalah penting untuk kita mencari pakaian sesuai yang padan dengan susuk tubuh kita supaya tampak kemas dan yang penting selesa apabila dipakai.
Namun begitu, bukan semua pakaian yang dijual dapat memenuhi kehendak mereka yang mempunyai bentuk badan yang berisi lagi-lagi untuk mereka yang ingin berpenampilan sopan. Oleh itu, kali ini kami menyenaraikan tujuh kedai online yang menjual pakaian plus size untuk wanita bertubuh comel.
1. MS. READ
MS. READ merupakan jenama yang terkenal khusus untuk wanita plus size. Mereka banyak menjual blouse, seluar panjang, skirt dan dress yang memang sesuai untuk mereka yang ingin berpenampilan kemas dan bergaya.
Website: MS. READ
2. Mis-Claire
Laman sesawang ini menyediakan pelbagai pakaian dengan gaya dan warna berbeza yang bakal membuat anda rambang mata. Bukan setakat menjual blouse dan seluar, mereka juga turut menjual hoodie serta camisole dengan harga yang sangat berpatutan.
Website: mis-claire
3. Hijria Home
Menjual variasi pakaian, Hijria Home menyediakan pakaian dari saiz S hinggalah ke saiz 8XL. Pakaian yang dijual memang cantik-cantik belaka dan sesuai untuk mereka yang berbadan gempal dan bertudung.
Website: HIJRIAHOME
Instagram: hijriahome
4. Raycha Closet
Menjual pelbagai saiz pakaian, mereka mempunyai kemeja yang bergaya untuk golongan yang lebih muda. Pelbagai fesyen, corak dan warna kemeja yang disediakan untuk dijadikan pilihan buat pelanggan yang meminati gaya moden.
Website: RAYCHA CLOSET
Instagram: raycha.closet
5. Nayli Collection
Kedai online ini menjual pakaian seperti dress antaranya sehingga saiz 7XL bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual seluar panjang pelbagai warna untuk dipilih. Anda boleh melawat Instagram mereka untuk melihat carta saiz.
Instagram: naylicollection
6. Amandarfaa.rtw
Bukan setakat menjual blouse sehingga saiz 7XL, mereka turut menjual jeans yang diperbuat daripada kain memeri lembut yang berkualiti tinggi bagi keselesaan si pemakai. Mereka juga turut menjual Abaya yang cantik dengan harga yang berpatutan.
Instagram: amandarfaa.rtw
7. Baju Renang Muslimah PD
Pada masa kini, terdapat banyak kedai yang menjual baju renang muslimah. Namun, tidak banyak yang menjual baju renang muslimah bagi mereka yang berbadan plus size. Oleh itu, kepada mereka yang sedang mencari, di kedai online ini, mereka turut menjual baju renang sehingga saiz 6XL.
Instagram: bajurenangmuslimahpd
Pakaian yang dijual di kedai-kedai atas talian ini memang menarik dan harga pun berpatutan. Jadi apa tunggu lagi, klik link ke kedai mereka untuk melihat koleksi pakaian yang dijual.
Baca: 7 Kedai Jual Barangan Bayi Dengan Harga Murah di Instagram Untuk Si Comel Anda!