in

“Zaman sekarang ni 4 minit cukup untuk cekup anak abang”- Pemuda Kena ‘Sound’ Dengan Bapa Budak Sebab Menyibuk

Combine Motor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang macam-macam kes jenayah berlaku contohnya kes bunuh, rogol, buang anak, culik dan macam-macam lagi. Kejadian-kejadian seperti ini perlu diambil berat oleh masyarakat supaya dapat mengurangkan kadar jenayah dalam negara.


Menerusi satu posting di Facebook Penang Kini, seorang individu melihat budak perempuan sedang duduk bersendirian di atas motor berhadapan dengan sebuah kedai runcit. Lalu dia datang ke arah budak perempuan itu bersama dengan anak perempuannya yang dikenali sebagai Hannah.

Motor

Dia bertanya, mana ayah? Lalu, budak perempuan tu jawab tu haa sambil menunjuk kedai runcit tersebut.

Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menemani budak perempuan itu bersama Hannah. Selang beberapa minit kemudian, seorang lelaki lingkungan 30-an datang menuju ke arah mereka. Mungkin itu ayah budak perempuan ni.

Dia mengatakan hampir lima minit dia menunggu ayah budak perempuan ini untuk keluar dari kedai tersebut sebab kelihatan budak ni sorang-sorang dekat tepi jalan.

Lalu, ayah budak perempuan tersebut ‘sound’ individu tu sebab suka menyibuk hal orang lain dan kalau boleh just jaga anak sendiri tak perlu jagakan anak orang lain, katanya.

Amboi, dah kena tolong jagakan anak taknak ucap terima kasih pulak. 

Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak sorg kan? Jaga jer anak kau tu.. Takyah sibuk hal org

Individu tersebut meminta maaf kepada ayah budak tersebut namun pada masa yang sama dia turut memberitahu yang 4 minit tu macam-macam boleh jadi dengan budak tu. Lalu, dia berlalu pergi bersama dengan anak perempuannya.

Majoriti netizen memuji tindakan individu tersebut yang prihatin terhadap keselamatan budak perempuan tu walaupun tindakan ayah budak tu sangatlah tak patut.

Komen Fb 7

Individu itu berharap jika masyarakat lain menghadapi kes seperti ini just jaga anak tu dan jangan hirau kalau kena marah sebab keselamatan dan kebajikan kanak-kanak perlulah dijaga walau siapa pun mereka. Tanggungjawab bersama untuk pastikan kanak-kanak lain dalam keadaan selamat.

Baca : “Macam pernah nampak dengan Bangla, mata lebam” – Sedih! Bapa Hilang Anak Hampir 1 Tahun, Pakai Baju Gambar Anak Berharap Agar Ditemui. 

Culik

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.