“Zalim betul drebar tu..”- Wanita Mati Beku Dihalau Pemandu Bas Sebab Tak Cukup Duit Tambang RM3.70

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ni manusia ke binatang? Haishh bengang pulak admin dengan perangai manusia yang pentingkan diri macam ni.

Alkisahnya menurut Hmetro, seorang wanita di Ukraine mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu pada ketika itu amatlah sejuk iaitu negatif 20 darjah celcius.

Mesti korang pelik kan, kenapa wanita itu dihalau dari bas? Hanya kerana dia tak ada duit nak bayar tambang 25 Hverna atau bersamaan RM3.70 je.

Mangsa, Iryna Dvoretska, 21 tahun merupakan seorang pelajar perubatan dan ketika kejadian dia menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuat hospital di Olevsk, utara Ukraine.

Ibunya dirawat di hospital tersebut akibat jangkitan kuman pada paru-paru, malah keadaan wanita itu dilaporkan semakin teruk.

Dihalau turun dari bas waktu suhu -20 darjah celcius pukul 4 pagi

Nak dijadikan cerita, ketika dalam perjalanan pemandu bas yang dinaikinya itu meminta tambang daripada Iryna.

Namun Iryna berkata dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang, so lelaki tersebut yang dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy arah Iryna turun dari bas dan waktu itu pukul 4 pagi guys!..Ish tak ada perikemanusiaan langsung

Kalau korang nak tau, Iryna bukannya miskin sangat sampai tak ada duit nak bayar tambang tapi dia tertinggal beg duitnya sebab tergesa-gesa nak naik bas paling awal ke Olevsk bagi melawat ibunya di hospital.

Part yang paling scary nya guys, ibu saudara mangsa iaitu Nadiya Typchuk beritahu Iryna ditemui dalam keadaan beku dengan matanya terbeliak seolah-olah terlihat sesuatu yang menakutkan.

 

Sumber : Gambar hiasan

Sementara itu, jurucakap polis berkata bedah siasat keatas mangsa mendapati, Iryna meninggal dunia akibat hipotermia selain organ dalamannya juga didapati beku.

Kami membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah,”

Melampau sangat pemandu bas tu, kalau lah mangsa tak ada duit sekalipun rasanya boleh je dia turunkan di kawasan yang lebih selesa dan selamat kan.

Sentiasalah berhati-hati walau kat mana korang berada yer.

Baca : Sadis! Wanita Dibunuh Kekasih Ketika Sambut Birthday, Mayat Pula Disimpan Dalam Sofa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.