in

Yasin Sulaiman Diarah Buat Pemeriksaan Kesihatan Mental Dekat Hospital Bahagia

Yasin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen harini untuk dirujuk ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Nik Nasimah Nik Mohammad mengeluarkan perintah itu untuk Yasin diperiksa tahap kesihatan mentalnya mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.


Ia susulan dengan peguam belanya, Ariff Azami Hussein memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat asas yang kuat untuk kesihatan mental penyanyi berusia 48 tahun itu diperiksa oleh pakar psikiatrik.

Sdsx 1671093445

Katanya, pemerhatian itu perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak untuk dibicarakan atau tidak.

“Pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan antaranya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Kecelaruan Bipolar Tahap 1 sejak 2007.

“Laporan Pusat Pakar Universiti Malaya (USMC) menunjukkan anak guam saya pernah diserang ‘simptom manic’ yang boleh membahayakan dirinya.

“Laporan terkini juga mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawanya,” menurut sumber, Buletin TV3.

Yasin atau nama sebenar Muhammad Yasin Sulaiman, 47, turut diwakili peguam, Nur’ain Shahiera Khalid.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini memberitahu mahkamah, pendakwaan tidak membantah permohonan pembelaan itu dan menyerahkannya kepada budi bicara mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Jun ini untuk mengemukakan laporan psikiatrik.

Baca : Dari 66KG ke 48 KG”- Berat Badan Yasin Susut Kerana Tiroid, Bukan Penjara Tak Bagi Makan

Yasin Baca

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.