in

“Yang penting rezeki halal” – Kefli Mengaku Memang Dia Grab Rider Tersebut

Ft Kefli Af3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, satu perkongsian viral dan menjadi tumpuan netizen apabila bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga Kefli dikatakan kini bekerja sebagai penghantar makanan.


 

Jadi penghantar makan Grab?

Pesanan itu diterima apabila peminat itu mendapat notifikasi yang menunjukkan identiti penghantar makanan tersebut, disitu terpapar nama penuh Mohamaed Zulkefli Bin Mohamaed Idir (Kefli).

Ia membuatkan peminat jadi yakin apabila mendengar suara, nama dan rupa itu adalah bekas pelajar AF3 itu.

Keflia

 

Memang saya – Kefli

Selepas penularan tersebut, Kefli ada tampil beri respon berkenaan dengan dakwaan tersebut. Kata Kefli, dia akui bahawa individu tersebut adalah dirinya menerusi Instagram.

Katanya, selain menguruskan sebuah gerai makan dekat Sri Rampai, dia juga memang bekerja sebagai GrabFood rider.

Kefli 5

Berkenaan dengan harapan peminat untuk dirinya kembali dalam dunia seni sebelum ini, Kefli menjawab…

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yg menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Tentang kerja seni saya, jika ada rezeki Insyaallah saya akan come back. Saya harap lepas ni tiada issue lagi tentang pekerjaan saya..”

Selain itu, Kefli juga berharap agar pekerjaannya kini tidak menjadi isu lagi asalkan dirinya mencari rezeki halal.

Kefli 2

Dengan pengakuan tersebut, rata-rata followers yang terdiri daripada peminatnya memberi sokongan moral dan mendoakan agar Kefli dimurahkan rezeki.

 

Yang penting halal – Netizen

Kefli 3 Kefli 4

Selain itu, ada juga peminat yang mencadangkan agar Kefli sertai program Gegar Vaganza tahun depan. Apapun, min setuju apa yang Kefli katakan, buat lah apa pun asalkan ianya halal.

 

Baca : “Saya yakin dia daripada suaranya” – Peminat Terkejut Kefli AF3 Sekarang Jadi Penghantar Makanan?

Ft Kefli Food Rider 

Sumber: Gempak
Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.