“Win gambar ni” – Netizen Kagum Lihat Tun M & Sultan Johor Berjabat Salam, Lupakan Sengketa di Istiadat Pengebumian KDYMM Almarhum Sultan Ahmad Shah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hari ini merupakan hari sedih buat rakyat Pahang, Sultan Pahang ke-5, KDYMM Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mangkat 8.50 pagi semalam (22 Mei 2019).

Sumber: Malaysiakini

Menurut Harian Metro, jenazah almarhum dijadualkan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah dan disolatkan serta dimakamkan di Makan Diraja, Pekan sekitar jam 1 tengah hari ini.

Berikutan kemangkatan almarhum, ramai di kalangan kerabat serta orang kenamaan berkumpul di Istana Abu Bakar, Pekan untuk memberi penghormatan terakhir.

Sumber: Blog

Antara pertemuan orang kenamaan yang menjadi perbualan hangat netizen ialah pertemuan di antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Wah! 

 

Sultan Johor dan Tun M berjabat salam? 

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, gambar-gambar baginda bersama kerabat Johor memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi tumpuan netizen ramai.

Hal ini kerana terselit dua keping gambar baginda bersama Tun Dr Mahathir sedang mesra berjabat salam. Seperti yang kebanyakan tahu, hubungan kerabat Johor dengan PM sekarang kan tak berapa baik sikit. So ramai yang macam terkejut bila tengok gambar tu! 

Sumber: Facebook

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, May 22, 2019

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, May 22, 2019

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, May 22, 2019

 

“Professional… win gambar ni!” 

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut meluahkan rasa gembira dan sangat bersyukur dengan hubungan baik yang ditonjolkan kedua-duanya. Yang paling penting, eloklah sengketa yang berlaku di antara mereka diketepikan dan saling menghormati satu sama lain.

Sumber: Facebook

 

“Tak ada apa-apa netizen yang lebih” 

Sumber: Facebook

Sebagai rakyat jelata, eloklah kita doakan yang baik-baik buat mereka. Tak baik tau jadi batu api. Jaga mulut dan hati semuanya ye… 

Baca: “Sama ada anda berkhayal atau taksub?” – TMJ Perli Siapa Tu?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!