Wanita Ini Bongkar Sikap Lelaki Gatal Yang Suka Memperdaya Wanita Muda dan Naif

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Boleh jadi seorang lelaki yang berketerampilan baik itu sebenarnya si gatal yang sedang mencari mangsanya. Dan kali ini si miang tersebut bernama Azzan, lelaki yang giat mencari mangsanya dari kalangan wanita yang naif, bertubuh kecil dan lurus bendul.

Tora Chee ataupun lebih dikenali sebagai Torachi, seorang blogger, cosplayer dan juga peminat kartun anime telah berkongsi tentang hal ini kepada komuniti Anime, Comic and Games (ACG) di Facebook akan sikap buruk Azzan.

Sumber: Facebook

Menurut Tora Chee, lelaki miang tersebut mengganggu sahabatnya, Sayako.

Lelaki ini rapat dengan rakan saya sejak kebelakangan ini. Rakan saya ini seorang yang naif dan juga berotak kosong! Dia tidak dapat membezakan antara lelaki yang baik dan jahat. Dia juga sering memberitahu kami akan komen-komen pelik dari lelaki ini.”

Sumber: Facebook

 

Sumber: Facebook

Tapi kalau anda sangka Azzan ini benar-benar menyukai Sayako, anda salah. Lelaki miang ini pernah juga mendekati wanita lain, termasuklah Tora Chee sendiri!

Kata Tora Chee lagi,

Saya sendiri pernah diganggunya dengan komen berunsur gangguan seksual yang berani bercakap mengenai bahagian payudara saya. Lelaki ini juga pernah menyekat saya dan beberapa kawan rapat Sayako dari laman Facebook, selain dari cuba memanipulasi Sayako untuk memutuskan perhubungannya dengan kami dengan memberitahu betapa biadapnya sikap kami.”

Sumber: Facebook

“Kali terakhir kami bercakap dengannya ialah ketika seorang sahabat menegur sikap Azzan yang suka memberi komen mengenai bentuk tubuhnya. Saya juga ikut serta memberi komen mengenai betapa ngeri perangainya itu,” katanya.

Namun Azzan bertindak pantas dengan menyekat akaun kedua-dua gadis itu dan terus memanipulasi Sayako dengan mengatakan dia dan sahabatnya berniat jahat. Huh, gilanya lelaki ni! 

Melalui status perkongsian Tora Chee, kebanyakan netizen daripada komuniti ACG juga menceritakan sikap Azzan yang suka mengganggu perempuan di media sosial.

Pun begitu, akaun Facebook Azzan tidak dapat diakses lagi selepas kisah ini tular di media sosial. Tora Chee juga sempat memberi peringatan kepada gadis-gadis di luar sana untuk berhati-hati dengan lelaki ini. Azzan selalunya mendekati gadis yang naif, bertubuh kecil dan berusia 25 tahun ke bawah.

Hati-hati kalau nak bersahabat di media sosial. Lagi bahaya kalau kita tak pernah tengok wajahnya atau jumpa orang tersebut secara personal. Dunia sekarang ni macam-macam! 

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!