in

“Dahsyat bebudak sekarang” – Polis Serbu Birthday Party Budak Sekolah, Jumpa Dadah

Collage 8

Sebuah apartment tempat beberapa sambutan hari jadi diadakan di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Pulau Pinang telah diserbu. Sejumlah 20 orang telah ditahan termasuk beberapa budak bawah umur.

Ketika serbuan pertama dilakukan pada 1 Jun jam 10.30 malam, lapan pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan berusia diantara 13 dan 17 tahun telah ditahan. Ujian air kencing menunjukkan enam dari mereka positif dadah.

200603Cmkfb57B Pg200602Ycwc01 Birthday Drug Party

China Press turut melaporkan yang pihak polis telah menemui 2gm dadah jenis ketamin di apartment tersebut.

Remaja-remaja tersebut kini ditahan reman selama empat hari dan kes ini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 12(3) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

200603Cmkfb57E Pg200602Ycwc04 Birthday Drug Party

Beberapa MINIT kemudian, pihak polis membuat serbuan kedua di premis yang sama dan menemui tujuh lelaki dan dua perempuan berusia 14 dan 20 tahun yang turut menghadiri parti yang sama. Tiga dari mereka adalah budak sekolah.

Bagaimanapun, pihak polis tak temui dadah ketika serbuan kedua dan ujian air kencing menunjukkan yang dorang tak ada dadah dalam badan.

Pun begitu, pihak polis tetap mengenakan kompaun kepada sembilan remaja ini kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

 

Baca: “Bangga mendadah?” – Gadis Dedah Hisap Ganja Boleh Kurangkan Sakit Senggugut Semasa Period?

Screenshot 2020 06 03 At 4.58.46 Pm

Sumber: China Press
Sumber: China Press