Macam yang korang semua tahu, sekarang ni sedang berlangsungnya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Baru-baru ini, aksi pemenang pingat emas acara platform 10 meter seirama lelaki telah mencuri tumpuan netizen di serata dunia.
“Champion and Multitasker”
Bukan sahaja kemampuannya untuk menyondol pingat emas sahaja yang jadi sebutan, malah viral baru-baru ini bila kamera sempat menangkap Tom Daley sedang mengait ketika menonton acara papan anjal wanita, kelmarin.
@astroarena Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker ??
Disebabkan video ini, ramai yang baru tahu rupanya atlet dari Great Britain ini obses dengan hobi mengaitnya ini.
Menjengah ke Instagram yang didedikasikan untuk hasil buatan tangannya @madewithlovebytomdaley, lelaki ini ada kongsikan yang dia pernah berikan cardigan yang dikaitnya sendiri untuk penerjun negara kita, Cheong Jun Hoong.
Saya buatkan cardigan untuk kawan saya yang dikasihi, Cheong Jun Hoong!”
Menurut Tom Daley, dia telah banyak mengait sepanjang dia di Tokyo untuk Olimpik 2020 ini dan salah satunya adalah untuk rakan penerjunnya, Cheong Jun Hoong.
Di Instagram peribadi, Cheong Jun Hoong turut memuat naik gambarnya memakai cardigan hasil buatan Tom Daley ini dan berterima kasih untuk pemberian yang sangat bermakna itu.
Di ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia yang memuji kehebatan atlet ini mengait. Siap mintak satu lagi.
Wah berbakat betul, sibuk mengait pun boleh bawak balik pingat emas!