in

Viral Pasal Gadis Dilaporkan Hilang Selepas Jogging Di TTDI, Rupanya Lupa Cas Telefon & Lepak Dengan Kawan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi tular satu berita di media sosial  berkaitan seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas keluar jogging di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Shah Alam pada pagi hari ini.


Remaja perempuan yang bernama Tara Adrienne berumur 16 tahun disyaki tidak pulang sejak keluar berjogging malah tidak dapat dihubungi.

Pada satu posting Aliamirrazali yang dikongsikan di Twitter, ibu kepada Tara, Nurul Ili Jamaluddin menerusi posting di Facebook memaklumkan bahawa anaknya dipercayai tidak dapat dihubungi pada jam 7.43 pagi sebelum laporan polis dibuat.

Tidak lama kemudian, pada posting yang sama, ahli keluarga Tara memaklumkan gadis tersebut telah selamat dijumpai.

Apa yang mengejutkan adalah dia tidaklah hilang seperti yang didakwa bahkan dia hanya keluar lepak bersama kawan dan bateri telefonnya kong!

Ahli keluarganya juga turut berseloroh dengan mengatakan mereka akan menghabiskan tahun 2020 dengan membebel kepada Tara.

Apa pendapat korang? Kalau tau nak lepak dengan member tu bawa laa power bank. Jangan hilang macam tu je. Mana family tak cemas.

 

Baca: “SALAH TETAP SALAH” – Viral Video Maki di Restoran & Cakap Badan Orang Serupa B*bi, Founder Produk Kurus Minta Maaf

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.