in

Viral Kematian Wanita Palestin Kerana Rumah Dibom Tentera Israel, Siapa Al-Syahidah Syaima’ Abu Al-Auf?

Ft Syaima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa hari lepas, viral tentang kisah seorang wanita Palestin yang maut akibat rumah dibom tentera Israel. Pada masa yang sama, sebuah video seorang lelaki yang dikatakan merupakan suami kepada wanita berkenaan.


Ini kisah tentang Al-Syahidah Syaima’ Abu Al-Auf seperti yang viral di Twitter:

  • Syaima’ berusia 21 tahun dan merupakan pelajar tahun 3 pergigian
  • Maut selepas rumahnya dibom tentera Israel pada 17 Mei
  • Selain Syaima’ , ibu dan dua adik lelakinya yang berada di dalam rumah turut terkorban
  • Mayat Syaima’ hanya dijumpai selepas 14 jam akibat tertimbus di bawah runtuhan

Syahidah3

  • Mengikut perancangan, Syaima’ dan suaminya bakal mengadakan majlis dalam tempoh sebulan lagi
  • Merupakan seorang yang lemah lembut dan disayangi sahabat serta orang sekelilingnya
  • Syaima’ juga merupakan seorang penghafal Al-Quran

Syahidah1

Video viral dikatakan itu menunjukkan seorang lelaki memakai baju berwarna oren menceritakan tentang Syaima’ yang terkorban. Aksinya mendapat perhatian kerana redha dan masih mampu tersenyum ketika menceritakan tentang detik akhirnya bersama wanita yang dicintainya itu.

Katanya, kali terakhir dia hubungi Syaima’ adalah ketika dia bertanya keberadaan isterinya itu. Syaima’ menjawab bahawa dia berada di rumah dan ketika itu tentera Israel sedang menyerang dan bom kawasan berkenaan.

Sebaik saja Syaima’ dijumpai di bawah runtuhan, mayatnya dilihat tersenyum dan suaminya berasa gembira kerana yakin dia kini di tempat yang lebih baik (syurga).

Sekarang dia berada di tempat lebih baik. Kita semua adalah milik Allah SWT dan kepada Dia lah kita kembali. Saya gembira dia mendapat syahid dan dia tersenyum.”

Tonton video itu di bawah:

Syahidah1 1

Syahidah2

Al Fatihah, mari kita doakan untuk saudara kita di Palestin…

Baca: [VIDEO] Siap Ucap Alhamdulillah, Kanak-Kanak Palestin Masih Tersenyum Walaupun Rumah Dah Kena Bom

Cats 49

Sumber: Twitter
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.