in

Anjing Liar Lepak Dalam Mall, Ditawar Jadi Pengawal Keselamatan

Ft Dogdog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat Malaysia tengah panas dengan isu anjing liar, Filipina turut tidak ketinggalan dengan isu yang sama. Tapi berbeza dengan negara kita, anjing liar di negara Filipina ni lain macam sikit.


Jumaat  lalu tular video di Facebook melalui akaun Jan Mart Calimpong mengenai seekor anjing yang ‘lepak’ di dalam sebuah pusat beli belah. Tak nak kalah, nak aircond je.

Bukan itu sahaja, haiwan itu juga dikatakan tidak mahu keluar daripada kawasan mall berkenaan hingga terpaksa dipimpin keluar oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Setelah dipujuk beberapa kali oleh pengawal keselamatan, anjing tu akhirnya dipimpin tangannya untuk keluar meninggalkan pusat beli belah tersebut.

Kejadian yang berlaku di Vista Mall Taguig, Filipina rata-ratanya mendapat perhatian netizen yang memuji tindakan pengawal keselamatan tersebut untuk tidak berkeras dengan haiwan itu.

Nice job Vista Mall employees. Though this dog entered the mall premises unnoticed, I was glad he was not treated harshly when sent back outside, instead the guard escorted him like he was their pet. ????To the Vista Mall Taguig management, I commend you for this. Ang cute lang kasi parang nainitan na talaga si doggy sa labas. ??For licensing usage, please contact licensing@viralhog.com

Posted by Jan Mart Calimpong on Friday, November 20, 2020

 

Dogdog Ditawarkan Kerja

Bukan itu saja, anjing yang diberi nama Dogdog itu seakan menjadi selebriti segera apabila perkembangan terbarunya menjadi perhatian ramai.

Melalui perkongsian di Facebook yang sama, Dogdog kini ditawarkan untuk menyertai pasukan pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut.

Menurut salah seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Rico Bucan, Dogdog sudah lama menetap di pusat beli-belah itu dan dipercayai membesar di kawasan yang sama.

Capture 2 6

Dogdog sentiasa menyertai kami sekiranya kami berkawal. 

Bucan juga turut meluahkan rasa kagumnya terhadap pengurusan pusat beli-belah tersebut kerana mempunyai sikap belas kasihan terhadap haiwan liar seperti Dogdog lapor yahoo!news.

Ialah, orangkan biasanya tak nak anjing atau kucing liar, semua nak yang cantik-cantik je.

Menerusi klip video yang dikongsikan, pemilik Facebook itu meluah rasa puas hatinya terhadap pengawal keselamatan tersebut kerana tidak menggunakan sebarang kekerasan terhadap haiwan itu.

 

Capture 3 21

Walaupun anjing itu masuk ke dalam kawasan beli-belah tanpa kebenaran, saya berasa lega dia (anjing liar) tidak dilayan dengan kasar. Sebaliknya, pengawal keselamatan tersebut melayan ‘kerenah’ anjing tersebut macam haiwan peliharaan mereka sendiri.

Video comel yang dikongsikan itu telah mendapat sebanyak 34,000 perkongsian dan 108, 000 reaksi daripada netizen.

Geram je min tengok Dogdog ni, comel je. Kalau jadi dekat mall Malaysia, korang nak buat apa?

Baca : “480 kucing & 12 anjing”  Wanita ‘Relaks’ Bela 492 Haiwan Peliharaan Dalam Rumah

Capture 14 7

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.