in

[VIDEO] Tular Lelaki Berang Pecahkan Cermin Kereta Dengan Helmet, Polis Dakwa Mungkin Ada Masalah Mental

Angry

Semalam, tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan memukul cermin hadapan sebuah kereta dengan helmet sehingga pecah atas sebab yang tidak diketahui.

Menerusi video yang viral tersebut, lelaki terbabit kelihatan berang dengan pemandu wanita berkenaan dan dek kerana terlalu marah, dia telah menghentak cermin hadapan dan cermin sisi kenderaan tersebut sehingga pecah.

Pukul

Tonton video di sini.

Susulan tular isu tersebut, polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa telah melakukan perbuatan terbabit yang berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat Parit Jawa, Muar.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian yang berlaku pada jam 3.45 petang itu berpunca daripada perselisihan faham seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun dengan pemandu kereta wanita berusia 26 tahun.

Side
Cermin kereta pecah selepas dihentak helment suspek

“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

“Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya.

Suspek kini telah ditahan polis dan kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menularkan gambar, video dan kenyataan di laman sosial yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam masyarakat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Baca: “Tiga kali polis tumbuk muka” – Video Viral Di Media Sosial, Penunggang Motor Tampil Buka Cerita?

Moto

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook