in

[VIDEO] Tak Nak Bayar Yuran Sekuriti, Penduduk Mengamuk Bila Guard Minta ID Dekat Laluan Pelawat

Ft Lelaki Maki Guard 1

Dah jadi satu common sense jika menetap di residensi yang tinggal di kawasan selamat atau tempat-tempat terjaga ini untuk tinggal membayar yuran sekuriti. Jika tidak membayarnya pasti tidak akan mendapat faedah dan kemudahan yang disediakan itu dan sekurang-kurangnya berilah kerjasama.

 

Buat bising hampir setiap hari, maki guard

Lelaki Maki Guard 2

Perkongsian daripada salah seorang penduduk ini ada muat naik satu rakaman video berdurasi 4 minit 30 di Facebook miliknya.

Dalam video itu, dilihat seorang lelaki bertekak dengan pengawal keselamatan di kawasan palang sebuah kawasan residensi.

Lelaki tersebut siap ada bawa ‘barang’ dipercayai untuk menanggalkan pintu palang tersebut.

 

Tak nak bayar yuran sekuriti, bengang asyik kena minta ID

Menurut penduduk ini, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, hampir setiap hari, katanya dah banyak kali lelaki tersebut buat onar di tempat kawasan pengawal itu kerana sikapnya yang sukar beri kerjasama.

Lelaki tersebut dikatakan penduduk di kawasan itu, difahamkan, dia enggan membayar yuran sekuriti dan dia terpaksa masuk ikut laluan bukan residen.

Pastinya jika masuk ke laluan bukan residen pengawal akan menjalankan tugasnya untuk meminta ID, namun lelaki tersebut enggan memberikan kerjasama dengan menekan hon panjang dan lama sampaikan kereta lain beratur panjang.

Dah banyak kali lelaki ni buat hal dekat kejiranan kami. Selalu gaduh dengan guard sebab tak nak bagi kerjasama.Dia…

Posted by Hafiz Mansor on Thursday, November 25, 2021

“Report polis pengurusan pernah buat sebelum ni tapi tak berkesan juga.”

Kata individu ini lagi, hampir setiap hari kejadian ini terjadi, jadi dia membuat keputusan untuk merakam video kejadian yang berlaku pada 26 November lepas dimana lelaki tersebut buat kecoh sampai bawa tools untuk buka palang.

“Dia datang siap bawak tools nak buka palang dan nampak macam ada ugutan dekat guard. Guard hanya menjalankan tugas dan mempertahankan barang (palang) yang diamanahkan dari dibuka.”

Ketika dihubungi Team Lobak Merah, individu tersebut menjelaskan bahawa insiden ini berlaku di sebuah kawasan kediaman di Setia Alam, Shah Alam.

Baginya tindakan memaki hamun sampai menghina pekerja itu tidak sekolah tidak sewajarnya berlaku kerana mereka hanya menjalankan tugas.

“Majoriti penduduk yang lama tinggal sini tahu perangai lelaki ni. Guard benarkan je masuk walaupun tak ada kad gate tu. Tapi kena masuk bukan resident. Bila minta buka tingkap kereta, dia tak nk buka. Guard mesti tak bagi masuk. Kemudian sini guard selalu tukar-tukar orang dan biasanya guard baru tak kenal dia.”

Tambahnya, tujuannya merakam video ini adalah untuk memberitahu kejiranan pasal kekecohan yang berlaku sehingga menganggu ketenteraman akibat bunyi hon tersebut, ini kerana kawasan tersebut ada banyak sekolah tadika untuk anak-anak kecil.

 

Baca : [VIDEO] Disebabkan Kawan ‘High’ Hisap Vape, 16 Remaja ‘Buat Kecoh’ Dekat Mall Di Bukit Bintang

Gaduh5