in

[VIDEO] Suami Terkulai Dapat Tahu Isteri Baru Dinikahi 10 Bulan, Meninggal Bersama Anak Dalam Kandungan

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal, jodoh dan rezeki merupakan perkara yang di luar kuasa manusia. Bila-bila sahaja ia boleh datang tanpa kita rancang.


Begitu juga dengan pengguna TikTok ini yang telah berkongsikan kisah sedih bila adiknya yang tersayang telah dijemput Illahi di usia hanya 20 tahun.

Tiba-tiba tak sedarkan diri

Menerusi perkongsian @lynn_5905, pada 31 Julai lalu, keluarganya dikejutkan dengan perkhabaran adiknya itu telah tak sedarkan diri secara tiba-tiba akibat jangkitan kuman dalam paru-paru hingga terpaksa menggunakan tiup pernafasan.

@lynn_5905

doakan adik sy kembali pulih?#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Mengandung dua bulan

Lebih menyedihkan lagi, adik wanita tersebut sedang mengandung anak sulungnya dan usia kandungannya baru dua bulan.

Malangnya, adik kepada pengguna TikTok ini akhirnya pulang ke rahmatullah bersama anak dalam kandungannya.

Kami semua sayang hang tapi ALLAH lebih sayang hang sebab tu ALLAH amek hang dulu. Inshaallah syurga buat hang kerana mati syahid bawa sekali anak syurga.”

@lynn_5905

Al-fatihah bt adik ku AZRINA NATASYA BT ZAHIDIN..2001-2021????#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – StoryCinta? – ???????????

Setia tunggu isteri bertarung nyawa

Tambah mendukacitakan bila wanita ini turut kongsikan suami adiknya yang longlai selepas dapat tahu berita pemergian isterinya yang baru dinikahi 10 bulan yang lalu.

Malah, ketika arwah isterinya itu sedang bertarung nyawa, lelaki ini tak pernah tinggalkan isterinya dan setia menunggu di tepi tingkap. Allahu…

Tolong kuat wahai adik ipaq…”

@lynn_5905

tlg doakan suami arwah adik sy kuat tempuh dugaan dan ujian allah?#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – Ajoi Zainal – Ajoi Zainal

@lynn_5905

syurga tempat mu syg???#fypシ #biarnakaltapiberakal✌️✌️ #jarangxpadu #penangmariiiiiii

♬ original sound – Fara Elfda – Fara Elfda

Ekoran ini, wanita tersebut meminta agar orang ramai mendoakan agar adik iparnya ini terus kuat untuk menempuh ujian dan dugaan yang menimpanya.

Screenshot 2021 08 03 At 12.28.54 Pm Down

Allahu, tak boleh bayang kesedihan yang dilalui suami dan keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman…

 

Baca: “Hospital diam je” – Wanita Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Pihak Hospital Enggan ‘Admit’ Sebab Tak Cukup Katil

Screenshot 2021 08 03 At 12.39.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.