[VIDEO] Sempena Raya Korban, Nikmatilah Video-video Kejadian Korban ‘Gagal’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Amacam Cuti Raya Haji korang? Dah pegi lapah lembu ke? Ke duduk rumah sambil tengok TV je.

Kalau bosan-bosan tu boleh lah tengok video-video cubaan orang nak tumbangkan lembu untuk disembelih. Confirm terhibur!

“Haa putuih”

Aduh, yang rekod ni pun satu. Bukan nak tolong, boleh pulak jadi pengulas sukan. Kalau tolong kan lagi elok. Tapi admin kesian dekat mamat yang kena sondol tu, tak pasal-pasal je kena.

Pening tu kena tendang

Adoi. Confirm pening tu kena terajang macam tu. Kaki lembu dah lah tapak keras. Memang mendapat lah, sapa suruh pegi tepuk macam tu. 

Macam mana boleh masuk dalam tu

Ni mesti kes lembu lari dari tambatan. Tapi tak sangka pulak sampai jatuh dalam tu. Persoalannya sekarang ni, macam mana nak bawak naik ke daratan semula. 

Tak cukup tanah lari

Dahsyat betul lari tak cukup tanah sampai gempa bumi. Moto pun terjatuh. Power betul penangan lembu ni. 

Ni mesti main ragbi

Confirm mamat ni main ragbi. Tak wakil negeri mesti paling rendah pun wakil sekolah. Sekali je dia tackle lembu tu, terus jatuh

Runtuh habis

AJK yang mana satu bagi idea tambat lembu dekat tiang garaj tu. Memang sekali dia rentap terus runtuh lah. 

Nasib baik tak masuk dalam masjid

Admin dah standby dah kot-kot dia masuk dalam masjid. Nasib baiklah lembu tu tersangkut dekat situ. Kalau tidak jenuh nak mengepung pulak.

Amboi dekat Federal Highway kau jalan

Eh slumber je bersiar-siar dekat federal highway. Nasib baik tak kena langgar. 

Dekat tempat korang jadi macam mana pulak. Harap semuanya berjalan lancar lah ye. Jangan nak pegi wrestling pulak dengan lembu tu.

 

Baca: “Jijik, idea merepek” – Netizen Bengang Tengok Petani Seksa Binatang, ‘Propose’ GF Letak Cincin Dekat ‘Puting’ Lembu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.