in

[VIDEO] Sedih Tengok Video Budak Hilang Robot Masa Banjir, Adik Ni ‘Offer’ Nak Belikan Mainan Baru

Page Mainan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dengan adik ‘menyerah jelah’ sebab hilang robot yang baru je dia beli masa banjir haritu? Ramai salute dengan jawapan dia walaupun tahu dia tengah sedih.



Kanak-kanak yang seusia dengan adik tu mesti sedih kalau mainan favourite rosak bila belum sempat nak main betul-betul… Tapi, kesedihan adik tu nampaknya akan berakhir tak lama lagi bila ada yang offer untuk belikan mainan baru!

Lebih mengejutkan, adik kecil yang lebih kurang sebaya yang semangat nak belikan tau! Korang boleh tengok dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok kat bawah ni.

Comel je dia cari kat online shop mainan-mainan yang sesuai lepas tengok video kawan hilang robot tu… Haih, cair hati akak ni dik! 

“Tau dok ghumah dio hok mana? Nok gi anta mainan ke dio ni” – Adik dalam video

Kepetahan adik ni berkata-kata tambah pula dengan dialek Kelantan ternyata buat ramai netizen sebak dan terharu dengan sikap baik hatinya malah siap ada yang mendoakan supaya segala urusan dimudahkan untuk adik ni.

Tiktok Full 14

Sikap pemurah adik yang dikenali sebagai Rayyan ini mendapat sokongan penuh dari ibunya kerana boleh dengar di hujung video bahawa ibunya akan sampaikan mainan tersebut kepada adik dalam video TikTok itu.

Wah! Baik betul lah adik Rayyan ni! Min doakan supaya mainan tu sampai pada orangnya yaa… Untuk adik yang akan terima mainan baru tu, semoga kesedihan awak terubat okay? Hihihi…

Baca: “Menyerah je lah” – Mainan Hilang Dalam Banjir, Tapi Jawapan Adik Ini Buat Ramai ‘Salute’

Untitled 1 16

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.