in

[VIDEO] Pegawai MBSA Tengking Pelanggan Gara-gara Nombor Giliran

Ft Kakitangan Mbsa Pelanggan Bertengkar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video mengenai pertengkaran mulut antara kakitangan kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan seorang pelanggan.



Dalam video tersebut dilihat kakitangan tersebut tinggikan suara kepada pelanggan sebelum keluar kaunter untuk menuju ke arah pelanggan.

Mereka sambung bertengkar, dilihat suasana agak tegang ketika itu.

Berpunca daripada nombor giliran

Susulan dengan tular video tersebut, pihak MBSA telah tampil menjelaskan perihal sebenar mengenai insiden itu.

Menurut Unit Korporat dan Perhubungan Awam, siasatan mendapati bahawa kejadian itu berlaku di kaunter cawangan Kota Kemuning pada 26 April lalu.

@utusantvofficial

Kejadian di Kota Kemuning. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Ia berpunca daripada salah faham yang berkaitan dengan nombor giliran ketika pelanggan tersebut mahu memperbaharui lesen perniagaannya, lapor Kosmo!

Walaubagaimanapun isu ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan tersebut mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan di kaunter.

“Pihak MBSA memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku dan akan berusaha memastikan agar perkara sedemikian tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.”

Disebabkan itu, MBSA harap agar penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar terhadap isu video yang tular di media sosial.

Baca : Anggota Penguat Kuasa MBSA Terlibat Sindiket Perlindungan Premis Haram Sungai Buloh, 8 Ditahan Setakat Ini

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.