[VIDEO] Macam K-Drama, Video Honeymoon Pasangan Suami Isteri Ini Buat Netizen Angau

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tiada yang lebih manis buat pasangan suami isteri jika dapat abadikan gambar dan video bersama untuk kenangan hari tua.

Tak kiralah bergambar untuk majlis perkahwinan atau honeymoon, trend ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat masa kini.

Video post anniversary di Korea

Terbaru, video honeymoon pasangan suami isteri ini telah berjaya mencuit hati netizen.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Ohdawie Ohdawie ini diambil sewaktu dia menjadi tour guide dan videographer untuk pasangan suami isteri berkenaan.

Sumber: Facebook

Katanya, video itu diambil untuk pasangan Amirul Zayanie dan Shahkiera Shahrudin sebagai sambutan ulangtahun perkahwinan mereka.

Senarai lokasi penggambaran

Video berkenaan telah diambil pada musim luruh lalu semasa mereka ke Seoul, Korea.

Kata Dawie lagi, ini adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar dan video sedemikian kerana cuaca yang dingin tapi tak sesejuk musim sejuk.

Sumber: Facebook

Antara lokasi-lokasi yang dikunjungi bagi menghasilkan video pasangan ini adalah Starfield Library, Gyeongbokgung Palace, Haneul Park, Namsan Tower dan Nami Island.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Wah, memang cantik betul gambar-gambar daripada video ni! Sekali imbas, ingat cerita K-drama.

“So romantic..macam cerita drama kat tv”

Netizen yang dah tengok pun excited sama. Bukan saja video yang cantik malah latar belakang diambil itu juga benar-benar menambah kemanisan kebahagiaan mereka.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hahaha siap ada yang nak tiru jadi video kahwin katanya! Romantik macam cerita drama Korea kat TV pula.

So, jangan buang masa lagi! Tonton saja video post anniversary pasangan ini di sini:

Baca: “Kau ingat ini PowerPoint presentation ke syaiton!” – Pengantin Terkejut Tengok Hasil Video Kahwin

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.