[Video] Hambik, Kan Dah Kena! Mengamuk Time Customer Tengah Makan, Lelaki Ni Hampir Je Kena Hempuk Dengan Kerusi!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Jangan buat main-main dengan amarah orang tengah lapar dan menikmati makanan ni. Haa admin nak ingatkan je sebab kalau korang kacau, karang tak pasal-pasal kerusi melambung naik atas muka macam apa yang terjadi di Singapura baru-baru ni. 

 

“Lelaki minta payment dan tak dibayar, dia mengamuk dan mula menjerit serta maki hamun pada supervisor” 

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, kejadian yang berlaku di sebuah food court di Singapura ini bermula apabila seorang lelaki dikatakan telah meminta bayaran kepada sebuah kedai (tak tahu bayaran apa). Malang bagi lelaki tu, paymentnya tak dibayar lalu dia pun apa lagi… mengamuklah tak tentu pasal. 

Korang tengoklah video kat bawah ni. Mamat ni mengamuk bukan main tapi yang si amoi tu chill je tengah makan buat tak kisah.

Sumber: Twitter

 

Jangan diuji kesabaran orang yang tengah makan kalau tak mahu kena… 

Mula-mula mungkin amoi bersama keluarganya itu bolehlah tahan telinga dengan lelaki tersebut bergaduh dengan supervisor di food court tersebut. Tapi kesabaran pun ada hadnya.

Bila lelaki yang mengamuk tadi tolak meja amoi tersebut sampai terjatuh makanan yang nak disuapnya ke mulut… ooo ini sudah lebih ni! Amoi tu apa lagi, dia pun mengamuklah sampai dia nak hempuk kerusi ke muka mamat tu. 

Sumber: Twitter

Tapi nasib baiklah si supervisor berjaya menghalang dan mamat tu pun minta maaf dekat amoi tersebut dan keluarganya. Dalam minta maaf tu, sempat jugak si lelaki tu sebut perkataan ‘F*ck you’. Haihh kalau min dah lama dah meja tu melayang tepat ke muka dia! 

 

Bila polis datang, tahu pulak dia senyap dan tak mengamuk dah

Mujurlah juga sebelum kekecohan itu bertukar jadi lebih buruk, pihak polis Singapura tiba di tempat kejadian untuk selamatkan keadaan. Mamat yang mengamuk tadi pun tiba-tiba berubah jadi tenang dan tak marah-marah macam tadi lagi. Oh takut polis rupanya… 

Sumber: Twitter

Apa-apapun netizen yang melihat video ini rasa kagum sangat dengan kesabaran keluarga tersebut yang pada awalnya masih chill dan tenang makan walaupun kat sebelah ada lelaki tengah mengamuk. Kalau orang lain entah apa yang jadi tah… Hadoi! 

Sumber: Twitter

Ingat, orang tengah lapar atau makan jangan dikacau ye! 

Baca: “Sah peragut atau penyamun” – Lelaki Mengamuk Kena Tegur Merokok Dalam Restoran, Serang Dengan Parang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!