Petang tadi satu video tular melibatkan kejadian di Lebuhraya PLUS dari Seberang Jaya ke Juru apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum difahamkan merempuh dalam 10 kenderaan lain.
Rempuh kira-kira 10 kenderaan?
Video tersebut tular di Twitter dan meraih 567 jumlah retweets dalam masa 2 jam ia dimuat naik. Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan satu rakaman dashcam daripada kenderaan lain yang merakam sebuah bas ekspres yang tiba-tiba merempuh kenderaan di hadapannya.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1470310508926431235
Selain itu terdapat beberapa rakaman yang menunjukkan keadaan kereta-kereta yang telah dirempuh sehingga menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut sumber, kemalangan ini berlaku berhampiran susur masuk jambatan Pulau Pinang. Melihat kejadian tersebut, ada netizen yang dikatakan berada berhampiran di lokasi kejadian, memaklumkan aliran trafik jadi perlahan sehingga dalam 15 KM.
Malah, ada juga yang membuat tanggapan bahawa kemungkinan pemandu bas itu micro sleep, kena serangan jantung, ataupun mabuk. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.
Sebarang maklumat mengenai kemalangan jiwa dan punca kejadian masih belum dikenalpasti dan masih belum ada perkembangan lanjut sehingga kini.
Baca : Kemalangan Jalan Ipoh: Pemandu Lori Penyebab ‘Accident’ Positif Dadah