in

“Victoria cuak mereka jadi super spreader” – David Beckham & Isteri Rupanya Dijangkiti Covid-19 Lepas Berparti Sakan Mac Lalu

Beckhams

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Legenda bola sepak dunia, David Beckham dan isteri, Victoria rupa-rupanya telah dijangkiti Covid-19 pada Mac lepas. Menurut The Sun, pasangan itu telah menjalani kuarantin kendiri lebih dua minggu selepas melancong ke beberapa tempat selama 14 hari.

B11

 

Pergi US, support kerja Beckham


Menurut sumber terdekat keluarga berpengaruh itu, pasangan berkenaan bersama anak mereka telah terbang ke Amerika Syarikat untuk memberi sokongan kepada David yang mempunyai urusan kerja.

David bertugas untuk kelab Inter Miami dan Victoria serta keluarga turut sama terbang ke sana untuk memberi sokongan.” 

Di sana, mereka telah hadiri beberapa acara networking kerana David mempunyai urusan (kerja) promosi. Mereka (ada) berjabat tangan dan mencium (pipi) peminat serta beberapa orang kenamaan kelab itu.”

B4 2

https://www.instagram.com/p/CA5R8B3B42q/

 

Buat parti hari jadi Brooklyn di UK

Selain bekerja, keluarga itu juga dilaporkan telah menganjurkan parti besar-besaran untuk hari lahir anak sulung mereka, Brooklyn Beckham yang ke-21 di Cotswolds, UK. Difahamkan parti mewah itu diadakan pada 6 Mac di mana ramai selebriti serta orang kenamaan dilaporkan hadir.

https://www.instagram.com/p/B9lNNcABkNA/

B9

B3 4

B10 1

Keluarga ini melancong tanpa henti dari 5 Mac hingga 19 Mac dengan sejarah perjalanan ke Los Angeles, London, Costwolds dan Miami sebelum pulang semula ke rumah kedua mereka di Costwolds namun tanpa anak sulung mereka, Brooklyn.

 

Mula dapat simptom, pekerja pun sama

Selepas pulang ke London dan berada di rumah agam keluarga itu, David dan Victoria mula mendapat simptom Covid-19 tersebut. Selain keluarga itu, pekerja mereka juga dilaporkan turut mendapat simptom selepas pulang. Kata sumber terdekat itu lagi,

David mula rasa tak sihat dan Victoria pula mula sakit tekak serta demam.”

Pada masa yang sama, beberapa pekerja mereka termasuk pemandu, pengawal keselamatan peribadi dan pembantu juga turut rasa tidak sihat.”

B5

https://www.instagram.com/p/CEFtoljBjpZ/

Victoria sangat panik dan minta semua ahli keluarga untuk kuarantin kendiri selama lebih dua minggu. Dia juga benar-benar bimbang jika mereka adalah super spreader.”

Ianya adalah minggu yang sangat sukar untuk keluarga ini.”

 

Jaga kebajikan staf

Meskipun jauh, keluarga ini tidak lupa untuk jaga kebajikan staf dan dilaporkan telah menghantarkan ‘keperluan kebajikan’ kepada staf mereka yang turut dijangkiti selain menderma wang ke food banks untuk mereka yang memerlukan.

Sepanjang Covid-19 melanda, keluarga ini juga dilihat sering mengucapkan terima kasih dan menghargai frontliners yang bertungkus lumus di sana dengan memuat naik gambar atau video di Instagram masing-masing.

B2 3

Selepas disahkan pulih, keluarga itu telah bercuti ke Itali dan Greece namun masih menolak mana-mana jemputan parti yang diterima. Malah, mereka turut membatalkan rancangan untuk mengadakan parti hari jadi yang ke-18 buat anak mereka, Romeo.

https://www.instagram.com/p/CElkS3Op-bf/

Baca: “Berjangkit dari rakan terdekat keluarga” – The Rock, Isteri & Dua Anak Disahkan Positif Covid-19 3 Minggu Lepas

The Rock

Sumber: Instagram
Sumber: The Sun
Sumber: Instagram
Sumber: The Sun
Sumber: The Sun
Sumber: Mirror
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.