in

Ustaz Zainul Asri Ubah Fikiran Lepas Cakap ‘Siapa Ambil Vaksin, Lagi 2 Tahun Mati’

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum yang kes Covid-19 di negara kita ini sudah pun berada di tahap yang membimbangkan. Selain patuh dengan SOP yang telah ditetapkan, kita juga sedang menanti vaksin  yang akan diberikan oleh kerajaan.


Untuk pastikan kita boleh jalani semula kehidupan normal seperti dahulu, kita perlu capai ‘herd immunity‘ di mana ramai orang ambil vaksin sehingga kita semua boleh imun dengan wabak ini. Namun perkara ini sukar dicapai jika ramai orang menyebarkan tanggapan palsu dorang terhadap vaksin.

“Vaksin ni siapa yang amik, lagi dua tahun mati”

Macam baru-baru ini, keratan video dari salah satu ceramah Sheikh Mohd Zainul Asri telah tular di media sosial mengatakan siapa yang ambil vaksin akan mati dalam tempoh dua tahun.

Katanya, vaksin ni siapa yang ambil lagi dua tahun mati. Tu jangka hidup paling lama. Paling sat tak tau lah. Jadi kita tengoklah betui ke dak.”

Ekoran ini ramai yang telah meminta agar penceramah ini disiasat kerana bimbang ia bakal mendatangkan fitnah kepada agama serta turut meminta Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk melakukan sesuatu.

“Majma’ al-Fiqh al-Islami juga menerima kesemua jenis vaksin yg diiktiraf WHO”

Semalam, Dr Zulkifli telah pun memuat naik video dari Ustaz Zainul Asri dengan kenyataan terbaharunya mengenai isu vaksin ini serta turut mengucapkan terima kasih kerana bersikap terbuka dalam menerima pandangan kerajaan.

Dalam video tersebut, Ustaz Zainul Asri mengatakan yang kerajaan prihatin dengan kebimbangan ramai dan beliau telah mendapat maklumat bahawa vaksin yang diberikan adalah halal.

Kerajaan kita sangat alert dan prihatin dalam isu vaksin ini. Saya dapat maklumat kerajaan dapat vaksin yang halal iaitu dari Belgium.

Keresahan kita selama ini selesai dengan keprihatinan. Sebenarnya isu vaksin ni kita gelabah haritu sebab kita dengaq daripada China. Tapi saya difahamkan yang mencipta vaksin daripada Belgium ini dibuat oleh doktor Islam ni.”

Katanya lagi, dia telah menerima banyak soalan dari orang ramai tentang isu vaksin ini, jadi selepas dia mendapat pencerahan maka isu ini selesailah.

Selain itu, Dr Zul turut mengatakan, badan berautoriti fatwa dunia seperti Majma’ al-Fiqh al-Islami juga turut menerima semua jenis vaksin yang diiktiraf WHO.

Maka isu kehalalan vaksin tidak lagi jadi pertikaian.

Alhamdulillah, harapnya dengan penjelasan dari Ustaz Zainul Asri dan Prof. Dr. Koutoub Moustapha Sano ini dapat buka hati lebih ramai lagi orang untuk menerima vaksin dan seterusnya kita dapat capai herd immunity yang diharapkan dalam masa terdekat. Ameen…

Sumber: Twitter

 

Baca: Forum Perdana Ehwal Islam Dapat Sambutan Positif Netizen, Berjaya Yakin Golongan Atas Pagar Untuk Daftar Terima Vaksin

Screenshot 2021 06 04 At 12.28.05 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.