in

“Ucap Merry Christmas tu boleh, tapi jangan pakai macam Santa Claus” – Mufti Terengganu

Do Not Dress Up In Santa Clause Outfit Said Mufti To Malaysian Muslims World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua dah tahu bahawa ucapan Merry Christmas tu memang tak ada larangan, jadi tak perlu nak dibahaskan.


Tapi masih ada syarat lain yang membataskan kita sebagai umat islam, kata Mufti Terengganu, Zulkifly Muda menerusi Free Malaysia Today, ucapan kepada orang bukan itu memang boleh tapi dilarang sama sekali sambut.

Mungkin ini juga ramai dah tahu tapi…

 

Tak boleh pakai baju ala Santa Claus

Do Not Dress Up In Santa Clause Outfit Said Mufti To Malaysian Muslims World Of Buzz 2 300X168 1
Sumber : wob

Baginya, berpakaian ala Santa Claus itu merupakan simbolik kepada keagamaan.

“Sudah memadai untuk memberikan ucapan kepada mereka yang beragama yang meraikan perayaan itu.”

Sebelum ini, ada segelintir umat islam menegaskan hukum memberikan ucapan hari natal kepada bukan islam itu haram dan ia menjadi kontroversi.

Namun ramai mufti-mufti yang telah memberikan penjelasan bahawa tiada masalah untuk memberikan ucapan.

Bagaimanapun, ada netizen dalam kalangan bukan islam menegaskan Santa Claus ini tiada kaitan dengan keagamaan.

“Mungkin dia keliru antara Saint Nicholas (Santa Claus) dengan komersial Santa Claus (baju merah)”

“Santa Claus tak ada kaitan dengan Kristian”

Hurm, apa pandangan korang?

 

Baca : Lelaki Ini ‘Kena Bahan’ Teruk Oleh Netizen Sebab Kata Ucapan Hari Natal Bagi Umat Islam Haram? Sebab….

Xmas

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.