Mutakhir ini, perbincangan berkenaan kos sara hidup terutamanya dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar kembali rancak.
Harga barangan yang semakin meningkat, pengangkutan yang mahal dan pelbagai lagi menyebabkan ada dalam kalangan kita ‘sesak’ menjelang hujung bulan.
Ini ditambah pula dengan pelbagai komitmen dan ada juga yang terjerat dengan ‘hutang nakal’. Tak dinafikan, ramai cuba atasi perkara ini dengan merancang perbelanjaan dan kalau nak diikutkan memang ada pelbagai formula yang dikongsikan pakar bagi merancang perbelanjaan.
Baru-baru viral satu posting di twitter yang dikongsikan oleh @financialfaiz mengenai satu aplikasi yang katanya boleh merancang perbelanjaan bulanan.
Katanya aplikasi Belanjawanku yang dikongsikannya itu sangat mudah untuk digunakan selain ia dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Eh aplikasi BELANJAWANKU by KWSP ni agak cool jugak. Mula2 I thought benda ni biasa-biasa je tapi lepas pakai macam ok pula
– Perbelanjaan korang pun boleh pecah based on bajet 35:45:20. Komitmen, keperluan, dan simpanan
– Dan yup, 20% masih pergi ke simpanan – jangka pendek,… pic.twitter.com/S75d1D8sEw
— Faiz Azmi (@financialfaiz) June 13, 2023
@financialfaiz yang juga pempengaruh, yang sentiasa berkongsi mengenai kewangan juga berkata, aplikasi tersebut sangat membantu dalam pengurusan perbelanjaan.
Sebagai permulaan, pengguna akan diminta masukkan jumlah pendapatan. Kemudian aplikasi itu akan berikan panduan perbelanjaan menurut pengiraan 35:45:20 iaitu komitmen, keperluan dan simpanan.
Simpanan tersebut juga akan dibahagikan pula pada jangka pendek, sederhana dan panjang. Paling best katanya, aplikasi tersebut juga akan kongsikan pelbagai lagi tip mengenai pengurusan kewangan seperti pembelian kereta, kiraan insurans, pembelian rumah dan macam-macam lagi.
Apa yang lebih menarik, dengan fungsi dan apa yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan, ia ditawarkan secara percuma. Korang boleh muat turun dan guna sendiri aplikasi di Google Playstore atau App Store untuk perhatikan dan kawal kewangan korang nanti.
Pada pendapat korang, best tak aplikasi ni? Kalau ikut min, min rasa macam bagus lah, setidaknya dapat kawal perbelanjaan dan tip-tip semasa.