“Tukar bini macam tukar baju..” – Netizen ‘Jijik’ Dengan Warga Emas Kahwin 19 Kali Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hidup dalam keluarga yang besar dengan ramai adik beradik atau saudara mara memang best kan? Tapi, kalau terlalu ramai korang rasa boleh ingat tak nama setiap orang?

Jangan terkejut, tapi Che Soh Che Ahmad atau dikenali sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ pernah berkahwin sebanyak 19 kali dan kini mempunyai 46 anak dan 200 cucu, lapor Berita Harian.

Shocked Sex And The City GIF

 

Berkahwin pada usia 15 tahun

Guru silat berusia 72 tahun itu kini tinggal dekat Kampung Babong, Sering, Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan. Kesemua anaknya berusia antara 15 tahun hingga 50an. Che Soh mula berkahwin pada usia 15 tahun dan yang terakhir ketika berusia 55 tahun.

Saya berkahwin ketika berusia 15 tahun dan selepas setahun perkahwinan, saya mula berkahwin lain dan ada ketikanya mempunyai empat isteri dalam tempoh tertentu.”

Kali terakhir berkahwin ketika berusia 55 tahun iaitu 17 tahun lalu dan isteri ketika itu berusia 16 tahun. Namun, usia perkahwinan itu paling singkat berbanding yang lain kerana hanya mampu bertahan dua minggu saja.”

Sumber: Berita Harian

 

Ramai rasa ‘jijik’

Bagaimanapun, ramai pengguna Twitter berasa jijik dengan Che Soh kerana menurut mereka, dia sebenarnya memanipulasi anak muda untuk berkahwin dengannya.

Mana tidaknya, kesemua 19 isteri dikahwini ketika mereka berusia belasan tahun. Menurut Che Soh sendiri, dia mampu menarik minat gadis belasan tahun kerana disebabkan mempunyai sifat diimpikan perempuan.

“Walaupun tegas, tetapi saya seorang yang penyayang dan lucu. Semua 19 isteri dikahwini ketika mereka berusia belasan tahun.”

Daripada 19 perkahwinan Che Soh, kebanyakannya bercerai hidup namun katanya hubungan anak-anak cukup baik meskipun berlainan ibu dan setiap kali berkumpul, mereka hargai masa bersama tu.

Sumber: Sinar Harian

 

Masih terdetik nak kahwin lagi

Che Soh juga akui ada kalanya masih terdetik untuk berkahwin lagi tetapi anak perempuannya menasihati agar dia berhenti mencari isteri. Buat masa sekarang, dia mempunyai 3 isteri dan masa Che Soh kini banyak ditumpukan untuk beribadat.

Menurut pengguna Twitter, Che Soh manipulasi remaja bawah umur demi melampiaskan nafsunya atau dalam erti kata lain, pedofilia.

Sumber: Twitter

Baca: “Dah berniat nak nikahi Ayu sejak dia umur 7 tahun lagi”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!