“Tuhan bagi aku kon*k untuk aku pakai” – Pasangan Selamba Buat Seks Dalam Flight Depan Semua Penumpang

Wow! Mungkin imaginasi berahi dia ni dah tak terjangkau dek akal, bila ada penumpang ini berani mati melakukan hubungan seks di hadapan semua penumpang termasuklah kanak-kanak.

Bila ditegur jawapan yang dia sangatlah biadap dan tak rasional langsung! Siap berkalam tuhan lagi.

 

Dah berkali-kali cuba pergi tandas tapi tak dapat

Bukan itu sahaja, menurut sumber Mirror, lelaki yang tak ada tamadun ni juga kencing di lantai aisle (lorong antara kerusi penduduk dalam pesawat tu).

Gambar Hiasan (Sumber : Google Image)

Insiden ini berlaku dalam satu penerbangan dari Dublin ke Turkey Sabtu (15 Jun 2019) lepas. Padan muka turun-turun je polis dah jemput depan pintu.

Saksi-saksi kejadian mengatakan penumpang tak ada sivik tu dah banyak kali cuba nak masuk toilet tapi tak dapat.

Salah satu daripada saksi dalam penerbangan tu berkata ketika mereka melakukan perbuatan menjengkelkan itu, lelaki itu langsung tidak berselindung malah berani tayang kepada semua penumpang.

 

Buat seks depan kanak-kanak, bila ditegur ini jawapannya.

Gambar Hiasan (Sumber : Mirror)

Malah masa dia kencing tu air mengalir ke sepanjang lantai aisle tu.

“Tidak pernah dalam hidup saya menyaksikan sesuatu seperti ini. Ada seorang wanita yang bawa  anak dan memintanya untuk berhenti dan jawapannya adalah Tuhan dah kurniakan dia k***ek untuk menggunakannya.”

“Ada juga seorang wanita yang duduk depan mereka tu bawa anak kecil dia 3 orang, mereka terus berlari kepada pramugari yang bertugas dan diselindungkan disebalik tirai. Penumpang  lelaki disebelahnya pula hanya duduk diam sampai lah mendarat”

Bagaimanapun mereka berdua telah ditahan oleh polis di Azmir Airport. Jijiknya buat perkara tu semua depan kanak-kanak yang ada dalam pesawat tu, bila mak mereka tegur ini pula dia jawab.

 

Baca : Buat Video, Pramugara Jalinkan Hubungan Seks Dengan Bintang Porno ‘Kunyit’ Dalam Penerbangan Digantung Kerja

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.