in

“TOLONG!!! TOLONG!!!” – [VIDEO] Orang Awam Rakam Cubaan Menculik Seorang Lelaki di Miri, Suspek Kini Diburu

Penculikan

Bagaikan tidak percaya cubaan menculik berlaku di depan matanya namun tindakan orang awam tersebut yang merakamkan kejadian itu kini dapat membantu siasatan pihak polis.

Sebuah video berdurasi 17 saat tersebar di media sosial semalam menunjukkan beberapa individu cuba menculik seorang lelaki di bandar Miri. Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2 kira-kira jam 4 petang dan aksi penculikan itu berjaya dirakam orang awam.

Culik1

Melalui video itu, boleh dilihat mangsa bergelut sambil menjerit meminta tolong beberapa kali ketika kumpulan tersebut cuba memasukannya ke dalam sebuah kereta Toyota berwarna putih. Malah, perakam juga sempat cuba menjerit,

Polis!!!!”

Culik6

Culik2

Menurut Harian Metro, mangsa dilaporkan telah ditemui dalam keadaan selamat kira-kira jam 7 petang semalam dan dibawa ke balai polis. Ketua polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata,

“Mangsa telah ditemui, dalam keadaan selamat sekitar jam 7 petang tadi berhadapan sebuah bank di Jalan Bendahara, dan kini sedang di balai polis pusat Miri untuk membantu siasatan.”

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung motif penculikan itu dan mengesan kesemua suspek. Saksi kejadian diminta untuk tampil  bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik. Tonton video kejadian cemas itu di bawah:

Baca: “Undur tiga kali, rempuh kereta polis” – [VIDEO] Polis Terpaksa Tembak, Suspek Penjenayah Bawa Dadah Cuba Lari

Tembak Woi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook