in

Timbalan Menteri Pendidikan Thailand Dikecam Lepas Kantoi ‘Photoshopped’ Gambar Lama Lawat Kawasan Banjir

Ft Timbalan Menteri Thai Edit Gambar

Melihat menteri membuat lawatan ke kawasan banjir itu memang dah jadi satu kebiasaan, ia bagi memastikan bahawa mereka dapat melihat secara nyata keadaan yang berlaku agar dapat menghulurkan bantuan bagi membela mangsa.

Bagaimanapun, lawatan daripada seorang timbalan menteri dari Thailand ini mendapat kritikan orang ramai selepas gambar dirinya redah banjir untuk lawatan ke kawasan pelajar dan kakitangan sekolah itu disunting.

 

‘Kantoi’ photoshop gambar

Menerusi Khaosod English, Kementerian Pendidikan Thailand ada menyiarkan gambar Timbalan Menteri Pendidikan, Kanokwan Wilawan di Facebook pada September lepas yang memperlihatkan gambar itu disunting dan nampak ketara.

Timbalan Menteri Thai Edit Gambar

Gambar itu diiringi dengan caption  “Guru Oh (nama panggilan Kanokwan) memantau banjir di banyak daerah, termasuk situasi sekolah dan kemudahan pendidikan di bawah pengawasan kementerian.”

Akibat perkongsian itu, mata tajam netizen perasan bukan sahaja disunting, mereka juga jumpa gambar asal dimana gambar itu adalah gambar Kanokwan mengunjungi kawasan banjir pada tahun 2020.

Timbalan Menteri Thai Edit Gambar 2

Gambar itu dapat dilihat menerusi paras seluar dan Kanokwan diiringi oleh beberapa orang dibelakangnya.

Oleh itu, pihak Kementerian telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan dan memadam foto tersebut dalam satu kenyataan yang menegaskan bahawa Kanokwan tidak terlibat.

เพจ “ข่าวสำนักงานรัฐมนตรี ศธ.” ออกคำชี้แจงแล้วครับ …กรณี เฟซบุ๊กแฟนเพจ ข่าวสำนักงานรัฐมนตรี ศธ. โพสต์ภาพและข่าวของ…

Posted by สรยุทธ สุทัศนะจินดา กรรมกรข่าว on Monday, September 27, 2021

Kenyataan itu menyatakan bahawa sebenarnya pasukan perhubungan awam yang mengubah imej dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan itu.

 

Baca : Edit Gambar Dr Noor Hisham Berseluar Dalam & Berkain Pelikat Ketika Sidang Media Di Rumah, Pemilik FB Disiasat Polis

Dg0

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook