Aplikasi TikTok menjadi antara aplikasi paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Selain menonton video pendek dan video live, pengguna juga boleh membeli-belah di platform media sosial itu melalui ruangan TikTok Shop.
Bagaimanapun, TikTok Shop menghentikan perkhidmatannya di Indonesia secara rasmi semalam berikutan peraturan perdagangan kerajaan Indonesia baru-baru ini yang melarang transaksi e-dagang langsung di platform media sosial.
Artikel berkaitan: “Kacau harga pasaran luar” – Indonesia Bakal Haramkan Penjualan Barangan Di Media Sosial
“Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan.
“Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata TikTok dalam satu kenyataan.
Susulan penutupan itu, ramai peniaga-peniaga yang sedang live jualan untuk kali terakhir di TikTok mula berasa sedih kerana tidak dapat lagi mempromosi produk-produk mereka kepada pelanggan setia di platform itu.
Malah, ada yang runsing dengan penutupan itu kerana selama ini hanya bergantung di TikTok Shop.
@orinagista13 Terimakasih tiktok shop 😭😭🫶🏻 #tiktokshopditutup #tiktokshopeehaul #tiktokditutup #beritatiktokterbaru #tiktokshopdihapus #pyppp #tiktokditutup #beritatiktokviral
Bukan itu sahaja, penutupan TikTok Shop juga memberi kesan kepada mereka yang membuat affiliate sebagai pendapatan sampingan.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi, dan bukan untuk melakukan transaksi.
Difahamkan, platform itu mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna.
Sumber: Tribun News, TikTok