in

“Tiada bukti bunuh Covid-19” – Doktor Jelaskan Kesan Sampingan Jika Hidu Cuka

Ft Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid

Seorang doktor menyangkal dakwaan cuka mampu membunuh Covid-19, ia berikutan dengan tular satu video memperlihatkan individu menghidu bahan dapur tersebut di media sosial baru-baru ini.

 

Tiada bukti cuka boleh membunuh covid-19″

Dalam video tersebut memperlihatkan individu tersebut sembur di tapak tangan, gosok dan bau cuka tersebut.

Disebabkan itu, Dr Nimelesh menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan bahawa tidak ada bukti mengatakan bahawa cuka ini mampu membunuh Covid-19 secara klinikal.

Sebaliknya, ia bertambah bahawa kerana, kandungan asid yang pekat di dalam cuka itu boleh menyebabkan iritasi pada hidung, dan paru-paru.

Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid

Tweet ini telah meraih hampir 5,000 perkongsian sejak dari semalam ia dikongsikan. Atas perkongsiannya ini, ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah ada juga yang kongsikan bahawa ia telah memudaratkan diri orang terdekat, kata netizen tersebut ahli keluarganya mengamalkan kaedah ini dan akibatnya jadi sesak nafas dan kadar oksigen menurun dari 90-92 saja.Kadar normal biasanya 95 keatas.

 

Oksigen ayah turun ke 90 – Netizen

Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid 5 Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid 4 Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid 3 Doktor Sangkal Dakwaan Cuka Bunuh Covid 2

Dalam masa yang sama,rupanya ada ramai ahli terdekat mereka melakukan tindakan yang sama. Apapun sama-sama kita berharap agar mereka tidak apa-apa.

 

Baca : “Mula nampak cahaya di hujung terowong” – Doktor Kongsi Berita Baik ‘Update’ COVID-19 Di Malaysia

Dr Hana Update Covid 19

Sumber: Twitter