“The next Pak Ngah” – Pemuzik Game of Throne Versi Irama Melayu Kongsi Pengalaman Rakam Lagu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Haa korang yang layan Games of Throne tu macam mana? Okay tak? Ending dia okay tak? Ke kecewa macam penamat How I Met Your Mother dulu?

Okay lah, GOT pun dah habis dan memang kena lah timing satu band ni cover lagu tema GOT. Kami di Lobak Merah sempat menemu ramah secara santai salah seorang pemuzik yang buat cover lagu tema Games of Throne Versi Irama Melayu.

Untuk korang yang belum dengar lagi lagu ni, silakan

Game of Thrones = Permainan Takhta

@MKRidzuan adalah pemain seruling dalam band yang buat cover ni. Seorang pengarah muzik, pemuzik, komposer dan segala macam yang ada kena mengena dengan muzik lah. Jom tengok apa yang beliau nak kata pasal video cover diaorang ni

Oh idea bersama dengan Mahakarya Studio. Dapat dua ke tiga otak orang yang genius ni memang hasilnya pun genius kan. Memang patut pun dapat pujian

Tambahnya lagi, walaupun di komen oleh netizen yang rata-rata tak puas dengar sebab sepatutnya ada alat muzik lain, beliau merasakan untuk cover kali ini sudah memadai. Kalau tambah banyak instrument lagi jadi pelik pulak

Sekarang ni mungkin orang taknak muzik yang terlalu tradisional macam style Pak Ngah. Which kitorang fikir Pak Ngah punya style memang tak boleh orang lawan lah and zaman Pak Ngah dah habis. We need something fresh and innovative, creative, sesuai untuk zaman sekarang”

 Haah betul, baru perasan ada elemen silat dan joget tu. Tiba-tiba rasa semangat pulak nak berjoget.

Beliau juga berharap generasi muda sekarang lebih menghargai muzik tradisional dan beliau juga beranggap bahawa mereka adalah penggerak yang akan memacu style muzik tempatan yang kini “berkiblatkan” American Pop dan K-Pop.

Begitulah cerita yang dikongsi oleh saudara MKRidzuan dengan kami.

Secara peribadi, saya mengenali beliau sejak dari tahun 2006 dimana beliau merupakan senior sekolah saya. Memang beliau penggerak irama tradisional sejak dari dulu lagi, sehingga pernah membuat persembahan tradisional melayu di United Kingdom!

 

Baca: ”Kuda Kepang dan Barongan, ini rare” -Kemeriahan Kenduri Kahwindi Singapura, Pamer Budaya Asli Melayu Sebenar

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.