The Moors Murders : Kisah Pembunuh Kejam Myra Hindley & Ian Brady, Seksa Dan Bunuh Demi Kepuasan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau kita kaji balik dalam lipatan sejarah dunia, sebenarnya banyak kisah pembunuhan kejam yang berlaku tanpa sebab yang kukuh sebaliknya hanya disebabkan kepuasan.

Bila kita fikir menggunakan logik akal, ia sememangnya kelihatan pelik tapi itulah hakikatnya kerana manusia ni ada berbagai macam dan ragam.

Korang pernah dengar kisah The Moors Murders? Kisah pembunuhan kejam yang dilakukan pasangan Myra Hindley & Ian Brady kepada mangsa-mangsanya yang rata-ratanya masih kanak-kanak dan remaja.

Ian suka seksa dan bunuh binatang manakala Myra seorang pelajar pintar

Sebelum kita go deeper, apa kata kita berkenalan dulu dengan Ian dan Myra ni.

Yelah, orang kata kalau tak kenal maka tak cinta kan?

Kalau korang nak tau, Ian sejak zaman kecilnya dia sangat obses dengan Nazi malah sejak kecil dia dah biasa seksa dan bunuh binatang. Kat sekolah pula, Ian bukan tergolong dalam kalangan pelajar pintar, malah dia banyak habiskan masa dengan bersendirian.

Manakala, Myra pula sebaliknya. Dia seorang kanak-kanak pintar walaupun jarang hadirkan diri ke sekolah.

 

“Merogol dan membunuh bukan satu kesalahan…”- Ian

Pada 1959, Ian yang waktu itu bekerja sebagai kerani stok telah bertemu dengan Myra. Dia kongsikan kepercayaannya kepada gadis itu bahawa merogol dan membunuh bukan satu kesalahan, so apa yang Myra buat ialah….

So, terpengaruh dengan ‘prinsip’ Ian, mereka pun mula merancang plot yang mereka gelarkan sebagai ‘pembunuhan sempurna’.

 

Mangsa dibunuh kejam, tekak ditetak, kepala hampir putus!

Gadis 16 tahun, Pauline Reade jadi mangsa pertama Ian dan Myra.

Dia dibunuh dengan kejam apabila tekaknya ditetak sehingga kepalanya hampir putus daripada badan.

 

Mangsa keempat merayu supaya dibiarkan hidup, tapi apa yang Ian dan Myra buat….

Tak puas dengan 3 pembunuhan yang dilakukan, Ian dan Myra menjadikan kanak-kanak perempuan 10 tahun, Lesley Ann Downey sebagai mangsa mereka yang keempat.

Tapi kanak-kanak perempuan ini diperlakukan dengan lebih teruk, apabila dia didera secara seksual malah mereka siap rekod lagi…melampau! 

Walaupun Lesley merayu supaya dibebaskan dan dibiarkan hidup, Ian dan Myra tidak mengendahkan permintaan kanak-kanak perempuan itu.

 

Lipas kepala mangsa dengan kapak, ikat dan….

Mayat paling last paling admin tak boleh blah iaitu Edward Evans, 17 tahun.

Ian dan Myra jumpa Edward ni dekat Stesen Keretapi Manchester, lepas itu mereka ajak remaja tersebut ke rumah mereka. Nak dijadikan cerita waktu itu, in law Myra iaitu David ada kat rumah tu juga.

Tak kisah pun dengan kehadiran David, apa Ian buat ialah dia melibas kepada Edward dengan kapak, lepas itu meminta David mengangkat mayat tersebut ke tingkat atas rumah dan mengikatnya.

Tapi David …..

 

 

Bergambar depan kubur mangsa pembunuhan kejam!

Korang tau tak, yang Ian dan Myra ni membunuh bukan sebab ada dendam pun dengan semua mangsa sebaliknya hanya untuk kepuasan seksual dan membunuh.

Part paling admin rasa melampau, bila lepas mereka buat kerja terkutuk tersebut, mereka akan tanam mangsa dan bergambar depan kubur tersebut..bapak psiko!

 

Ian & Myra dihukum penjara seumur hidup

Akhirnya kegiatan mereka berdua terkantoi, dan mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup since hukuman mati dah dimansuhkan waktu itu.

Myra akhirnya mati pada 2002 pada usia 60 tahun, manakala Ian mati pada May, 2017.

 

Baca : Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

 

 

 

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.