Vape6

Umumnya, ramai tahu yang barang-barang tiruan ini telah menyalahi undang-undang dan kita sebagai pengguna patut elakkan biar pun harganya jauh lebih mudah.

Malah, ada barangan fake ini boleh memberikan risiko dan memudaratkan kesihatan kita, antara barang yang paling-paling min tak galakkan korang pakai ada fake pod buat mereka yang vaping.

Ini kerana pod palsu ada bahan-bahan toksik dan ia juga dibuat dari tempat-tempat yang mempunyai persekitaran yang kotor.

Tak percaya? Kami ada bertanya kepada beberapa orang rakyat Malaysia yang pernah ada pengalaman menggunakan fake pod.

Malah, kami juga ada berbual dengan pengerusi dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan sebagai wakil pengguna rokok elektronik (e-cigarette) dan vape, Persatuan Pengguna Vape Malaysia [VCAM], Tengku Aslahuddin untuk mengajar pengguna terhadap kepentingan dan garis panduan menggunakan rokok elektronik dan betapa bahayanya barang-barang palsu ini.

1. “Saya tak boleh bernafas dengan elok lepas menggunakan fake pod dan saya rasa macam dah hujung nyawa”.

Vape3 2

“Saya dah bertahun-tahun hisap vape dan ada beberapa orang kawan saya lebih suka beli daripada pihak ketiga, saya ini selalu guna yang tulen. Tetapi, ada sehari tu, saya tak sedar yang saya hisap pod daripada pihak ketiga dan tak pasti apa kandungan di dalamnya. Saya tak boleh bernafas lepas saya hisap tu. Dalam masa 30 saat saya termengah-mengah dan fikir saya akan pengsan sebab susah nak bernafas.”

“Saya cepat-cepat buang pod tu dan berehat daripada hisap vape selama 2 hari sebab trauma. Tapi, bila saya dah hisap vape balik, saya akan pastikan betul-betul yang saya beli yang tulen punya dengan jaminan keasliannya. kerana saya tak nak alaminya lagi! ” – Lauren, 27, penghisap vape sejak tahun 2018.

Berdasarkan apa yang terjadi kepada Lauren, Tengku Aslahuddin menjelaskan bahawa, banyak fake pod mengandungi bahan toksik seperti vitamin E acetate dan tetrahydrocannabinol (THC).

Menurutnya, Vitamin E ini memang tidak memudaratkan jika digunakan ke atas kulit, tetapi ia akan mengganggu fungsi paru-paru yang normal semasa dihirup sebab itulah Lauren tidak dapat bernafas setelah menggunakan pod palsu!

Banyak penyakit berkaitan vape ini juga berpunca dari penjual yang tiada tanda pengesahan daripada pihak tertentu (unautorized seller). Jadi, Tengku Aslahuddin menekankan bahawa “pengeluar sahih melakukan pengujian yang ketat dan pemeriksaan kualiti pada cecair (e-liquids) mereka untuk memastikan hanya bahan berkualiti tinggi yang tepat digunakan, tanpa tambahan Vitamin.E.”

 

2. “Saya selalu beli pod dari pihak ketiga sebab murah tapi vape tu terus rosak.”

Vape2

“Sejujurnya, saya jumpa penjual pod dari pihak ketiga sebab ada banyak flavour. Saya dah hisap vape selama 6 tahun dan teringin nak tukar flavour. Ada satu haritu, saya beli satu pod tiruan dan selepas hidupkannya, saya perasa ia tak berfungsi dengan normal, walaupun saya dah cas satu malam, pod tu terus tak boleh guna. Saya sangat kecewa.”

“Saya mendapati bahawa pod yang saya beli dari pihak ketiga itu telah bocor dan itulah yang merosakkan peranti vape saya. Selepas kejadian itu, saya belajar untuk tidak membeli pod palsu hanya untuk menjimatkan wang kerana akhirnya saya terpaksa membeli peranti vape baru dan juga pod baru (sahih)! ” – Kyle, 27, penghisap vape sejak tahun 2015

Kata Tengku Aslahuddin, ia sebenarnya satu isu biasa kepada mereka yang selalu beli pod palsu, ini kerana mereka tiada proses QC (Qualiti Check). Pengilang pod-pod ini hanya nak fikir untung, bukan kualiti pod vape, sebab itulah pembocoran itu satu isu biasa.

Oleh sebab itu, beliau ada kongsikan beberapa cara dan kaedah untuk pengguna dapat pastikan jika barangan itu palsu atau tulen:

Authenticity number (Nombor rujukan keaslian): Semua pod asli mesti dicetak pada kotak. Anda kemudian boleh pergi ke laman web pengeluar untuk memasukkan nombor ini dan memeriksa kesahihannya. Tetapi nampaknya masih ada pod palsu dengan nombor keaslian jadi berhati-hatilah!

Kod QR: Sekiranya kotak mempunyai kod QR di atasnya, kod tersebut harus selalu menuju ke laman web rasmi pengeluar. Anda juga harus menyemak URL laman web untuk memastikan bahawa ini adalah urus niaga sebenar kerana sebilangan pod palsu mempunyai kod QR palsu pada bungkusan.

Jaminan pulangan atau servis: Ini adalah kaedah lain yang mudah untuk memeriksa kesahihan peranti pod atau vape. Anda tidak boleh mempercayai peruncit yang tidak memberikan jaminan!

 

3. “Kawan saya pakai fake pod dan baginya ia tak ada apa-apa.”

Vape

“Sebagai seorang newbie, saya selalu dengar nasihan dan cadangan kawan saya. Pada waktu itu, mereka semua guna fake pod dan peranti vape.”

“Satu hari, saya ada terima satu panggilan yang kawan saya mengelami kecederaan sebab vape dia meletup. Saya mula buat kajian dan menyedari bahawa produk vape palsu ini sebenarnya ada bahan yang merbahaya dan bateri produk itu jenis berkualiti rendah dan ia penyebab vape tu meletup! Kalaulah saya tak buat research, mungkin ia terjadi kepada saya juga!” – Noveena, 27, penghisap vape sejak 2017.

Walaupun tidak apa-apa terjadi kepadanya, perlu diterapkan bahawa mungkin ia boleh terjadi kepada korang kalau korang suka guna fake pod. Tak dapat dinafikan bahawa ramai pengguna masih tak peka dengan risiko kesihatan mereka kalau guna pod tiruan ini.

Ini memang satu situasi yang bergitu bahaya jika ianya alami pada diri kita dan ini sebablah pengguna perlu di didik pasal risiko penggunaan pod palsu ini. Sebelum beli, seeloknya cari penjual yang sahih dan lakukan kaji selidik dahulu.

Tengku Aslahuddin berkata, Malaysia mempunyai “undang-undang perlindungan harta intelektual yang ketat terhadap produk palsu,” jadi marlahi kita berharap agar ia dapat membantu menurunkan penjualan produk palsu.

Pendedahan pada pod ini dapat mengakibatkan masalah kesihatan setelah pengumpulan bahan kimia toksik dalam jangka panjang dalam tubuh pengguna.”

Biarpun tak tahu dari mana asalnya pod palsu ini dibuat dan bagaimana ia boleh mengandungi banyak bahan kimia berbahaya, nasihat kami adalah lebih baik jika hanya berpegang pada produk asli!

 

Bagaimana nak kurangkan masalah pod palsu?

566P21Qg22E51

Pertubuhan pengguna seperti VCAM kini sedang bergiat aktif dalam membangunkan kesedaran terhadap isu ini. Tengku Aslahuddin menambah bahawa, “ini adalah masalah keselamatan pengguna. Peraturan yang tepat untuk melindungi pengguna dan itulah sebabnya kami memulakan petisyen untuk membantu kerajaan untuk mendapatkan kebenaran dan mengatur produk vaping. ”

Sekiranya anda berharap agar peraturan yang tepat dapat dilaksanakan juga, pastikan anda menandatangani petisyen tersebut!

Dengan semua risiko dan penyakit berkaitan vape palsu dan pihak ketiga, lebih baik membeli produk asli sahaja, memang tak dinafikan harga mahal sikit tapi ia sekurang-kurangnya dapat melindungi diri kita.

Sumber: Reddit