Klgu 3 1

Nampaknya musim kedua KL Gangster Underworld 2 ini sudah sampai ke kemuncaknya! Watak villian pun dah dibongkarkan dan yang cuma tinggal sekarang ialah persoalan siapakah yang bakal menawan KL nanti?

Recap episod yang lepas, Mat Nor yang dahulunya cuma menumpang di kawasan Shah kini sudah menunjukkan taringnya. Bermula dengan pembunuhan Mimi dan kemudian menjadi dalang di sebalik kejahatan Tauke.

Mat Nor Still 1

Mat Nor juga makin berani apabila dia mula bermain dengan nyawa keluarga yang disayangi Shah, bila kita dapat tengok bagaimana dia cuba menakut-nakutkan Elina sampaikan nyawa anak kecil yang tidak bersalah menjadi taruhan!

Sebelum admin masuk deep into the plot, admin ingatkan kat korang SPOILER ALERT ya bagi yang belum tengok episod seterusnya!

 

Shah hilang Cahaya, Shameen pula bongkar siapa Mat Nor

Lemas ketika kereta yang dipandu Elina masuk ke dalam sungai, Cahaya meninggal dunia. Bagaikan tidak dapat menerima kenyataan tersebut, Elina patah hati dan menjauhkan diri daripada Shah. Hubungan mereka jadi renggang lepas Elina mula menyalahkan Shah.

Ellina Shah 1

Namun kehilangan Cahaya tidak membuatkan Shah berhenti daripada melakukan tugasnya. Dia mula bekerjasama dengan Tony M dan Suri. Malah Shameen juga bantu Shah untuk jejaki Mat Letrik yang dikatakan dalang di sebalik pengeboman di KL tak lama dulu.

Meskipun Mat Letrik dapat dijejaki dan kebenaran hampir jatuh ke tangan Shah, sekali lagi Mat Nor main ‘kotor’. Mat Letrik pulak dibunuh!

Tapi jangan main-main dengan skill penyiasatan Shameen, dia mula syak yang Mat Nor ada kaitan dengan semua yang berlaku bila ternampak kotak dengan logo kilang Mat Nor kat bilik Mat Letrik.

Shameen 1

Mengendahkan kata-kata Shah, Shameen menyelinap masuk ke kilang Mat Nor dan terkejut dengan apa yang dia jumpa. Bukan dadah je yang dia jumpa tapi Tauke pun ada kat sana! OMG! 

Dark side Mat Nor akhirnya terbongkar dan Shah serta Shameen diberi pilihan sama ada untuk menjadi orang kanan atau musuh. Korang pasti dah tahu apa hero yang macam Shah akan pilih kan?

All 1

 

Plan untuk dapatkan ‘kerusi king’ makin dekat!

Meskipun dihalangi oleh beberapa masalah kecil, rancangan Mat Nor untuk menguasai Kuala Lumpur nampaknya makin berjalan lancar.

Apa lagi yang Mat Nor tak buat? Dia sudah mendapat kepercayaan datuk-datuk yang dahulunya bersekongkol dengan Ketua Gangster Kampung Baru dan Bangsar, malah kebanyakan networking Shah juga Mat Nor dah berjaya kawal. Mat Nor punya power, minta gitu je kerusi ‘King’ terus dibagi tanpa perlu bertumbuk ye. 

Mat Nor Still 2

Macam manapun, Mat Nor juga dah one step ahead dengan cuba nak persuade Liyana dari Mawar Land untuk menyokongnya dengan memberikan wanita itu ‘sesuatu’. Adi pula perlahan-lahan dah nampak macam nak sokong Mat Nor dan Tony M pulak hampir menemui ajal lepas ‘langgar’ kawasan ‘orang Utara’ tu. Erk!

Keith Foo

Kuasa Shah sudah makin mengecil tetapi korang jangan down dulu sebab Shah kat akhir episod ni nampaknya macam merancang sesuatu. Apakah yang dirancangkan Shah yang rasanya boleh jatuhkan Mat Nor? Tak sabar min nak tahu… 

 

Mampukah Shah ‘setelkan’ Mat Nor di Episod 7 & 8? 

Episod finale pada minggu hadapan adalah yang paling dinanti-nantikan sebab admin dah tak sabar nak tengok Shah all out untuk setelkan Mat Nor yang dah gila nak jadi ‘King’ di Kuala Lumpur ni.

Page 2 Shah Profile W480 X H715 Px 1.jpg 1

Gendang perang akan dipalu, tapi mampukah Shah mengotakan janjinya dalam mempertahankan Kampung Baru kalau keadaan jadi lebih teruk nanti. Yang kita takutkan, mungkin Shah akan kehilangan kuasanya bila memilih untuk jadi musuh Mat Nor.

Mungkin semua jawapan kepada persoalan ini akan dibongkarkan Madam Wong dan rakannya yang sedang bergelut di Manila dan masih belum mati seperti yang disangka ramai. King yang paling ‘King’ akan muncul dan admin percaya dialah kuasa besar di sebalik Mat Nor ni.

Page 5 5 Stills W628 X H452

Jom kita sama-sama nantikan next episode 7 & 8 KL Gangster Underworld 2 di WeTV! 

Page 8 Full Poster Of Release Dates W1530 X H2100 Px 1.jpg 1

Bagi yang terlepas episod-episod yang lepas atau baru nak catch up dengan series ni, korang boleh je tonton KL Gangster Underworld secara PERCUMA di WeTV tau!

Tak sabar nak tahu kesudahan musim kedua ni. Makin lama, makin menyengat!