Featured 7

Sepanjang tempoh PKP sampai sekarang ni min nampak ramai yang dah mula pandai masak. Macam-macam resipi yang mereka cuba.

Jadi, min nak recommend korang untuk cuba 3 aneka resipi berasaskan ayam ni untuk isi masa korang di rumah. Korang kena cuba tau! Sebab cara yang min ni lebih sihat tinggi protein dan confirm sedap!

 

1. Bulgogi Chicken

Chicken Bulgogi 029 2

Kalau korang penggemar makanan Korea, korang boleh cuba yang ni. Kesemua barang yang diperlukan mudah nak cari kat dapur dan yang penting sekali cara pembuatannya begitu mudah dan min yakin korang yang tengh on diet pun boleh cuba!

Boleh dimakan dengan nasi ataupun begitu sahaja!

Bahan-bahan :

  • 2 ketul dada ayam (boneless chicken)
  • 1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
  • 1/2 kecil sudu lada hitam
  • 2 sudu besar gula perang (lebih sihat & sedap kalau korang guna madu)
  • 1 sudu kecil biji bijan (sesame seeds)
  • 2  sudu besar minyak bijan (sesame oil)
  • 1/4 cawan kicap cair (soy sauce)

Cara-cara :

Campur kesemua bahan di atas dan perapkan, lepastu campak je dalam kuali tanpa perlu letak minyak. Lebih mudah kalau pakai non-stick pan, kalau tak ada titiskan sedikit olive oil.

 

2. Breaded Chicken Cutlet

Breadedchicken2

Resipi ini paling mudah! Resipi ayam yang crispy ini kalau makan confirm kenyang! Apa yang min kongsikan dibawah adalah cara paling simple.

Bahan-bahan :

  • Dada ayam (dipotong bentuk fillet)
  • Tepung
  • Telur
  • Garam
  • Breadcrumb (Kalau tak ada boleh hancurkan cornflakes)

Korang boleh tambah ikut citarasa sendiri macam cajun seasoning, serbuk cili, paprika, atau apa-apa sahaja.

Cara-cara :

  • Tabur garam dan lada hitam di permukaan ayam (depan belakang) dan gaul rata.
  • Taburkan juga di dalam tepung dan breadcrumb dan gaul rata.
  • Salutkan kedua-dua belah permukaan ayam dengan tepung
  • Celupkan kedua-dua belah permukaan dengan telur
  • Salutkan breadcrumb

Cara ini sepatutnya kena deep fry tetapi langkah lebih sihat adalah goreng menggunakan air fryer atau masukkan kedalam ketuhar. Nak goreng boleh tapi pastikan guna minyak yang baru dan jangan recycle minyak lama.

 

3. Smoky Chicken

Smokychicken

Makanan ini korang boleh buat prep sebab ia memerlukan 6 ketul dada ayam. Tapi kalau nak buat sikit, ramuan atau ‘perencah’ ini boleh simpan untuk kegunaan lain hari.

Bahan-bahan :

  • Dada ayam
  • 2 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 susu kecil serbuk bawang merah
  • Secubit cayenne pepper
  • Sedikit jus lemon

Okay, nama pun dah smoky kan? Sah-sah korang kena panggang diatas arang, jadi min yakin mesti korang tak gigihkan? Nak masak di atas pan tanpa minyak ataupun panggang dalam ketuhar pun rasa dah lain.

Min tau korang ramai yang malas nak buat kan? Kalau nak senang, order je semua makanan ni dekat Subwaymudah dan sedap!

 

3 menu protein baru!

Subway

Untuk pengetahuan korang, Subway sekarang ada memperkenalkan 3 menu terbaru tau! Ya! Semua di atas Bulgogi Chicken, Smoky Chicken, Breaded Chicken Cutlet dah ada kat Subway!

Malah, sekarang ini dah ada lebih banyak pilihan jenis cheese, sos dan nutrisi yang korang boleh pilih sendiri!

  • Mixed Greens
  • Sliced Cheddar
  • Mozzarella Cheese
  • Spicy Mayo sauce
  • Hot Pepper sauce
  • Cheese sauce

Kalau nak tambah resipi mengikut citarasa korang, Subway dah ada add ons baru iaitu Avocado
Chopped Mushroom dan Chilli Flakes

Ia juga didatangkan dengan satu side menu Macaroni & Cheese!  Jadi, memang tak ada masalah lepasni kalau korang nak amalkan pemakanan yang sihat, sebab menu-menu diet ni semua sedap-sedap sekarang!

Sumber: Google Image
Sumber: ancoojournal
Sumber: Foodnetwork
Sumber: Myrecipe
Sumber: Subway