in

[TERKINI] YDP Agong Dalam Keadaan Stabil, Kini Sedang Jalani Rawatan Susulan Di IJN – Istana Negara

Agong2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan telah terjawab, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.


Baginda telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi, dan kini baginda sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi kenyataan media oleh Istana Negara, rawatan keracunan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September 2020. Rawatan intervensi pula dilakukan susulan penimejan MRI pada 22 September 2020 yang telah menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh YDP Agong ketika bersukan.

Seperti sedia maklum, Seri Paduka Baginda sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bolasepak, skuasy, hoki dan golf.”

Menurut sumber lagi, Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan yang stabil serta tidak membimbangkan dan kini menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

 

Baca : YDP Agong Gering, Majlis Mengadap Anwar Ibrahim Ditangguh – Istana Negara

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.