in

“Tanya apa harga diri kau dalam fardhu kifayah!” – Orang Hartanah Maki Hamun Photographer Sebab Nak Murah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun pelanggan ada hak untuk bersuara dalam sesebuah urusan perniagaan, adab tu mesti lah kena jaga, bincang dengan elok-elok dan kenalah ada give and take. Biar setimpal dengan apa yang kita dapat atau minta.


Tapi kalau nak buat rundingan pun kenalah berpada-pada dan faham keadaan peniaga dari pelbagai aspek.

Harga yang ditawarkan kalau dah murah kenalah terima, bukan diminta lagi murah, bila tak dapat tak payahlah maki dan banding-bandingkan. Orang hartanah bukan ke duit berkepuk? Eh!

 

Sebelum kau nak bercakap betapa berharganya diri kau. Kau kena tanya apa harga diri kau kepada masyarakat dalam memenuhi fardu kifayah!”

Ceritanya begini ada seorang photographer ni, kiranya masih di tahap newbie lagi lah. Dikatakan, ada orang dari bidang hartanah ni minta perkhidmatan fotografi dia hanya untuk 30 minit.

Harga yang ditawarkan adalah RM200, tapi agaknya orang hartanah anggap ianya terlalu mahal. Si jurufoto ni pun muat naik lah status Whatsapp.

Tiba-tiba orang hartanah ni nak maki hamun, siap bandingkan dengan photographer lain, dan memperlekehkan dia sebagai orang baru dalam bidang ini, siap kata berkira lagi.

Geleng kepala kalau korang baca text dia.

Mungkin dia tak faham bagaimana urusan bisnes fotografi ni, modal yang digunakan itu adalah masa, tenaga, kemahiran dan perkakasan yang digunakan ada penyelenggaraannya tersendiri.

Jurufoto wanita Nurfadhilah Sazwani yang kongsikan semula tweet ini juga menegaskan perkara yang sama.

“Memang orng kita ni tak reti nak hargai orng seni ke?? Lain kali shoot guna phone je plisss jangn guna tenaga orang equipment orang ,masa orang”

Bahkan tuan empunya badan yang dimaki tu pun ada memberi keterangan dalam gambar diatas. Netizen pun ramai yang menyebelahi jurufoto ini, bahkan mereka juga mengutuk kenyataan orang hartanah yang dianggap tak ada isi serta perbandingan yang tak masuk akal.

 

Fardhu Kifayah abah dia – Netizen

Bagi admin senang je, kalau tak nak jangan ambil, dan kalau pelanggan banyak cekadak diam-diam je.

 

Baca : “I ada perut nak kena isi” – Guna Alasan ‘Skills’ Photographer Ini ‘Sekolahkan’ Klien Minta Khidmatnya Tapi Tak Nak bayar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.