“Tanpa ilmu agama, kita akan jadi jahil” – Mengucap Panjang Brader Ni Tengok Respon Netizen Pasal Kos Urus Kematian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan…

Kematian itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.

Namun walaupun sudah terang dan nyata bahawa setiap insan akan melalui fasa tersebut, masih ramai dalam kalangan kita yang seolah tidak mengambil endah mengenai hal ehwal pengurusan jenazah.

Pengetahuan dan ilmu itu sebenarnya, bukan sahaja boleh dipraktikkan sebagai persediaan untuk berdepan kematian diri sendiri agar tidak menyusahkan orang lain — malah ia juga penting sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga terdekat pergi terlebih dahulu daripada kita.

Macam kisah seorang nenek yang sebelum ini tular, kerana terlebih dahulu menyediakan 120 sampul kecil sebagai upah kenduri tahlilnya.

Baru-baru ini ada seorang pengguna Twitter memuatnaik sekeping gambar whiteboard, yang tertera kos pengurusan jenazah beserta caption ‘Mahal juga ye kalau mati’.

Ia mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial lain.

Ada yang menambah, itu belum masuk kos kenduri arwah tiga malam berturut-turut dan siap ada yang compare kos pengurusan jenazah mengikut agama lain yang berbeza harganya mengikut saiz kubur dan sebagainya.

Mungkin penulis memang plain naive atau dia asalnya cuma bermaksud untuk menyampaikan betapa tingginya kos pengurusan jenazah sekarang, tapi itulah orang tua sudah terlebih dahulu nasihat — fikir masak-masak sebelum nak buat atau berkata sesuatu.

Sebab kalau terlajak kata, buruklah padahnya.

Seorang pengguna Twitter, meluahkan rasa terkejutnya apabila membaca respon netizen lain berhubung gambar tersebut.

Kos pengurusan jenazah ni harus diambil tahu oleh semua, walaupun fardu kifayah tapi kalau ada ahli keluarga sendiri meninggal dunia — takkan kita nak serahkan bulat-bulat pada orang lain untuk uruskan?

Bayaran kos ni juga sebenarnya merangkumi bermula dari proses memandikan jenazah sehinggalah ia siap dikuburkan di tempat persemadian terakhirnya dalam liang lahad.

Dan ia juga berbeza mengikut tempat atau khariah di mana jenazah itu diuruskan, keadaan dan peringkat umur si mati.

Tapi perkara ini bergantung juga kepada tahap kemampuan individu tertentu, kalau mampu mungkin tiada masalah. Kalau yang kurang berkemampuan pula, mungkin akan timbul sedikit pertikaian.

Jadi, sebab itulah pentingnya kita ambil maklum mengenai urusan-urusan seumpama ini, sebab kalau dah tahu dan boleh uruskan sendiri — bolehlah kurangkan sedikit kosnya.

Contohnya kalau anak lelaki tahu mengimamkan solat jenazah, so kat situ tak perlulah bayar upah atau sedekah imam solat jenazah.

Dan kalau ada mahram yang tahu cara memandikan jenazah, dah jimat tak perlu bayar upah kepada pihak hospital.

Lagi satu, kita akan ada khairat kematian? Jangan sibuk melabur sana sini sampai lupa nak mencarum untuk tabung khairat kematian sendiri.

Apapun, hal ehwal kematian ni bukan perkara yang boleh dibuat bergurau.

Kita tak tahu bila akan dijemput, jadi sementara masih beringat ni buatlah persediaan yang sepatutnya agar kelak kita tidak membebankan orang lain.

Kita cuma fikir bila kita mati nanti, orang lain yang akan uruskan. Mungkin kita boleh ubah mentaliti begitu?

Kalau ada masa untuk rant di Twitter, luang-luangkan jugak la sedikit masa untuk baca segala maklumat berkenaan pengurusan jenazah yang banyak tersedia.

 

Baca: “Mahal juga ye kalau mati” – Kos Pengurusan Jenazah Tinggi, Ramai Yang Terkejut

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.