in

“Takde auto tune, takde studio” – Sedapnya Suara Tiga Jejaka Nyanyi Lagu ‘Beribu Sesalan’ Ini!

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Takde auto tune, takde studio" - Sedapnya Suara Tiga Jejaka Nyanyi Lagu 'Beribu Sesalan' Ini!
Icon Loader
/

Ramai rupanya anak-anak muda kat Malaysia ni yang berbakat.



Tak ada ‘auto tune’, tak ada studio, tak pakai apps

Terbaru, video tiga orang pemuda yang menyanyikan lagu Beribu Sesalan nyanyian asal Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Sheila Amzah sambil diiringi alunan muzik keyboard telah berjaya menarik perhatian netizen.

Dan admin yakin semua orang pun tahu bukan mudah untuk menyanyikan lagu ini. Boleh semput ok!

Rakaman video yang dimuatnaik semula di Twitter itu telah menarik lebih 190 ribu views dan dikongsikan hampir 20 ribu kali.

Selalu nyanyi lagu ‘cover’ artis lain

Nyanyian lagu ‘Beribu Sesalan’ itu telah dibuat oleh tiga anak muda yang menggelar diri mereka Daus Husny, Ameer Qhusyairii serta kumpulan Shazz yang dianggotai Shazriq Azeman serta Faizwwan Shaari selaku pemain keyboard.

Anak-anak muda ini bukanlah satu nama asing lagi. Mereka ini dah lama membuat lagu-lagu cover menarik.

View this post on Instagram

Sumpah @naimdanielx

A post shared by DAUS HUSNY (@daushusny) on

Shazz pernah juga buat lagu dengan vokalis dan produser muzik, Aepul Roza dari Drama Band.

Sementara Daus Husny pula pernah dijemput menghadiri rancangan Muzik-Muzik dan Motif Viral.

“Tengok video ni je dah rasa penat nyanyi lagu tu..”

Tak dinafikan suara mereka memang sedap dan padu sekali!

Video nyanyian ketiga-tiga pemuda ini juga telah dimuatnaik di akaun YouTube. Tengok jelah komen-komen daripada netizen.

6 2
sumber: twitter
7 2
sumber: twitter
8 2
sumber; youtube

Memang sangat berbakat dan talent mereka ni memang patut dikenali di seluruh dunia.

Macam nilah contoh penyanyi-penyanyi yang kita patut ketengahkan. Bukan famous kan orang yang suara sengau atau guna teknik autotune semata.

Baca: “Tak edit, ni memang real punya” – Ramai Terpegun Lelaki Ni Mampu Buat Suara Tokti The Legend!

Untitled Collage

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.