in

“Tak segan silu malukan agama sendiri” – Cara Lelaki Promote ‘Ubat Kuat’ Undang Kecaman Netizen

Ubat12

Mempromosikan barang dan produk dengan cara-cara membuat content di media sosial ini rasanya memang dah jadi satu perkara biasa, ada yang akan buat sampai viral semata-mata nak mencapai tahap keberkesanan dalam membuat pemasaran sesuatu produk.

Gaya macam ni lah yang membuatkan ada warganet kurang berkenan kerana cara mempromosikan produk tersebut yang kadang-kadangnya melampaui batas sampai lupa sensitiviti.

 

Menggelikan, meloyakan – Netizen

Kalau sebelum ini Syatilla Melvin telah dikecam kerana membuat video melukis mukanya menjadi gelap untuk promosikan produknya, kali ini seorang pemuda menjadi pertikaian netizen di Twitter kerana mempromosikan ‘ubat kuat’ untuk lelaki. Eh apa kes?

Ubat11

Namun apa yang membuatkan ianya jadi kurang enak di mata warganet apabila cara individu itu mempromosikan iklannya, ia dianggap seolah-olah sengaja menormalisasikan zina.

Ubat10

Selain itu, ada juga satu pertikaian lain apabila ada netizen yang mendawa bahawa lelaki tersebut datang dari bidang medikal.

Ubat9

Boleh tengok video disini

Bagi netizen ia mungkin boleh diterima lagi jika ayat teman wanita itu ditukar menjadi isteri dan ada juga ada antara mereka yang faham akan kesan sampingan yang mungkin berlaku jika mengambil ubat-ubatan sebegini.

Ubat Ubat2 Ubat3 Ubat4 Ubat5 Ubat6 Ubat7 Ubat8

Video itu viral dan meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets di TwitterMungkin ini hanyalah strategi pemasaran namun, kita sebagai pengguna pasti dah tahu baik buruknya, ramai sahaja pakar-pakar perubatan yang sahih dah kongsi ilmu-ilmu sebegini.

 

Baca : “Nak buat apa dengan ubat kuat tu dik” – Ahli Farmasi Terkejut Budak Perempuan Umur 8 Tahun Beli Ubat Kuat

Ubatuat

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter