“Tak perlu was-was lagi” – Makan Puas-Puas, FamilyMart Dah Ada Logo Halal JAKIM

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebut saja kedai serbaneka , FamilyMart, apa perkara pertama sekali yang akan anda bayangkan?

Kalau tak aiskrim matcha yang enak atau oden yang panas, pasti deretan pilihan makanan mereka buatkan anda sentiasa lapar.

Dah ada sijil halal JAKIM

Tapi ini ada satu berita baik!

Finally, rangkaian kedai serbaneka dari Jepun ini sudah mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk makanan yang dijual di dalamnya.

Sumber: Twitter

Laporan Bernama menyebut, rangkaian kedai itu juga akan keluarkan lebih banyak produk makanan dan minuman baru.

108 jenis pilihan makanan

Terdapat 108 jenis pilihan makanan jenama FamilyMart kini didaftarkan halal. Antaranya onigiri, bento, sandwich, produk bakeri dan soft-served ais krim mereka tu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Sijil itu dikeluarkan kebetulan sama timing dengan pembukaan kedai ke-100 rangkaian kedai itu di Jonker Street, Melaka.

Ia adalah kedai pertama dibuka di negeri itu sementara 8 kedai lagi terletak di Johor. Bakinya semua ada di Lembah Klang.

Sijil pengesahan halal hanya ditolak jika..

Tapi kena faham, standard auditing untuk dapatkan pensijilan halal JAKIM pun bukan mudah ye.

Menurut laman web JAKIM sendiri, antara sebab sesuatu permohonan sijil pengesahan halal itu ditolak adalah:

  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
  • Produk yang tidak halal;
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah

Dan sijil pengesahan halal ini hanya akan dikeluarkan sekiranya syarikat itu membuat permohonan terus kepada mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri untuk pasaran tempatan.

Kilang pun dah diaudit JAKIM

Sementara itu, netizen pun dah excited akhirnya kedai ni secara rasminya dah ada sijil halal JAKIM. Sebab ada sesetengah orang was-was juga bila nak makan.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Baca: “ODEN Tak Halal?”-Alamak! Portal Rasmi Halal Dedah Kedai Serbaneka Ini Tak Ada Sijil Halal

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.