in ,

“Tak payah kahwinlah” – Wanita Sebenarnya Lagi Bahagia Kalau Tak Ada Suami Atau Anak. Betul ke?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perempuan selalu disuruh kahwin awal, kalau dah nak cecah umur 30, orang sekeliling dah mula sibuk tanya “bila nak kahwin?” lepastu kena cop andartu.


Menurut Mirror lain pula, seorang ‘pakar kebahagiaan’ Profesor Paul Dolan berkata keinginan untuk settle down dan mulakan keluarga mungkin akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan wanita.

Namun, bagi lelaki, mereka mendapat kelebihan dari perkahwinan kerana ia membuat lelaki menjadi lebih tenang dan kurang mengambil risiko.

Populasi sub-kumpulan yang paling sihat dan bahagia adalah wanita yang tak pernah berkahwin atau ada anak.”

“Kami mempunyai beberapa data menunjukkan kajian terhadap orang yang sama, tapi saya akan berikan servis yang merugikan pada Sains dan hanya berkata: Kalau anda lelaki, anda patut kahwin; tapi kalau anda perempuan, tak payah kahwin.”

Idea Paul ini diterangkan dengan lebih lanjut di dalam bukunya yang bertajuk, Happy Ever After: Escaping The Myth of The Perfect Life, di mana dia melihat keputusan dari kaji selidik American Time Use Survey membandingkan tahap kebahagiaan orang yang tak berkahwin, berkahwin, bercerai, berpisah dan janda atau balu.

Tahap kebahagiaan wanita berkahwin hanya meningkat bila mereka didalam bilik bersama pasangan mereka.

“Orang berkahwin lebih bahagia tapi hanya bila pasangan mereka ada di tempat yang sama dengan mereka.”

Walaupun banyak kelebihan tak berkahwin dan tak ada anak, Paul akui yang sesetengah orang melihat perkahwinan dan anak ini sebagai tanda kejayaan dan akan membuatkan beberapa wanita rasa tak bahagia jika mereka ‘gagal’ untuk berkahwin.

“Jika anda tengok wanita single yang berumur 40 tahun, yang tak pernah ada anak, anda akan fikir ‘kesiannya, takpelah nanti bila awak jumpa lelaki yang sesuai, awak mesti ubah fikiran.

“Pernah tak anda terfikir, mungkin dia akan jumpa orang yang salah dan lelaki itu akan buat dia tak bahagia, tak sihat dan mati cepat?.”

Hm, ada betulnya jugak. Definitely something to think about. Apa-apa pun kita perlu sentiasa hormat keputusan orang lain ya?

 

Baca: Kajian Tunjukkan Wanita Lebih Pandai Sorok Kecurangan Dari Lelaki, Betul Ke?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.