in

“Tak insaf jugak tak tahulah” – 8 Lelaki Indonesia Kena Hukum Gali Kubur Gara-gara Tak Nak Pakai Mask

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat Malaysia kalau tak pakai pelitup muka, kita boleh disaman dan perlu membayar denda sebanyak RM1,000. Tapi di Indonesia lain pula ceritanya…


Lapan lelaki dari Gresik, Jawa Timur telah diminta untuk menggali kubur pesakit Covid-19 yang meninggal dunia kerana gagal mematuhi arahan memakai pelitup muka di tempat awam.

Menurut Tribun News, pemerintah tempatan, Suyono mengatakan yang dia membuat keputusan ini kerana tenaga kerja untuk menggali kubur memang tengah tak cukup orang.

Tidak Pakai Masker Para Pelanggar Menggali Makam Untuk

“Yang menggali makam ada tiga saja, ya sudah mereka dihukum ikut membantu menggali saja. Tidak ikut mengubur.”

Jadi, dia telah meminta setiap dua orang untuk menyediakan satu kubur. Seorang ditugaskan untuk menggali dan seorang lagi perlu menyusun kayu bagi menampung mayat.

Ao718R3 700B

Kalau korang nak tahu, peraturan di sana mengatakan orang yang tak memakai pelitup muka boleh dikenakan denda atau akan disuruh untuk melakukan khidmat masyarakat.

Hukuman yang ditetapkan untuk orang yang tak memakai pelitup muka ini pula bergantung kepada pemerintah tempatan.

Suyono turut berharap yang hukuman ini akan meninggalkan kesan kepada pesalah serta orang lain agar terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Peraturan memakai pelitup muka di Jawa Timur telah diperketatkan sejak Julai lalu apabila kes semakin meningkat dan tinjauan menunjukkan hampir 70% penduduk di sana tak mahu memakai pelitup muka.

 

Baca: “Waduh parah ni, parah!” – Cecah 200,000 Kes Covid-19 Dengan Katil ICU & Kubur Tak Cukup, Indonesia Huru Hara!

Screenshot 2020 09 15 At 5.54.10 Pm

Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.