in

“Tak elok kalau budak tengok” – [VIDEO] Netizen Kurang Senang Dengan Iklan ‘Double Meaning’ Promosi Siaran TV

Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan adanya pelbagai servis siaran digital tempatan dan luar negara pada hari ini, sudah semestinya wujud persaingan antara stesen televisyen dengan platform digital.



Langkah terbaik untuk mempromosikannya tidak lain tidak bukan dengan menghasilkan iklan yang disertakan dengan pelbagai promosi bagi menarik minat penonton.

Walau bagaimanapun, kreativiti sebuah siaran televisyen dalam menghasilkan iklan promosinya telah disalah tafsir dan dianggap mengandungi adegan double meaning?

Iklan yang berdurasi 1:45 minit itu telah menunjukkan suasana sepasangan suami isteri di rumah yang sedang kebosanan. Kemudian keadaan berubah menjadi ceria apabila empat orang figura yang ditayangkan di tv ‘keluar’ ke alam realiti untuk menghiburkan mereka.

C C1

Namun, iklan tersebut didakwa menayangkan babak yang dikatakakan lucah seperti kereta bergegar, menjilat jari dengan ghairah dan menonton telefon bimbit yang diletakkan di poket bahagian punggung.

C4 C3 C2

 

Netizen beri pelbagai reaksi

Rata-rata netizen mengkritik dan meninggalkan komen yang mengatakan mereka kurang senang menonton iklan yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum itu.

C8

Walau bagaimanapun, tidak semua netizen melihat pada sisi yang sama. Ada pihak yang memuji kreativiti iklan ini dan terhibur dengan adegan yang dipaparkan.

C7 C6 C5

 

Apa pendapat korang? Min enjoy je lagu dalam iklan ni. Memang catchy!

Baca: “Ada unsur lucah dan tak sesuai dengan imej muslimah” – Iklan Produk Syatilla Melvin Dikecam?

C9

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.