in

“Tak dapat kerja seperti sebelum ini” – Elyana Gusar Harga Ubat Cecah RM50k Untuk Satu Rawatan

Ft Elyana Gusar Fikir Kos Rawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, penyanyi lagu Niat, Elyana kini sedang berjuang melawan penyakit kanser tahap 4 limforma sejak 10 tahun lalu.



Sebelum ini, keadaan Elyana berada di tahap menggusarkan apabila dia kongsikan berat badannya semakin menurun.

Terbaru, Elyana dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini, lapor Harian Metro.

 

Gusar memikirkan kos rawatan yang mahal

Namun begitu, Elyana menjelaskan bahawa perkara itu agak’ berat’ baginya kerana ia mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan ia memerlukan Elyana untuk melakukan 5 kali rawatan.

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.”

Elyana Gusar Fikir Kos Rawatan

Katanya lagi, dengan situasi sekarang, dia terkesan dengan jumlah pendapatannya dan ia menggusarkan Elyana memandangkan kos rawatan itu tinggi.

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.”

Sebelum ini, Elyana ada kongsikan dirinya telah menjalani sesi pertama kimoterapi dan Elyana kongsikan dia kini alami alami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk.

“Selepas menjalani kimoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.”

Elyana Gusar Fikir Kos Rawatan 3

“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama.”

Elyana juga mengatakan bahawa dia kerap rasa lapar, namun perlu kawal kuantiti pemakanan yang diambil bagi memastikan perut serta prosesnya pernafasannya lancar dan selesa.

Elyana Gusar Fikir Kos Rawatan 2

“Mungkin kerana steroid yang diberikan doktor membuatkan saya rasa lapar. Tapi, pada masa sama, saya menjaga pengambilan makanan kerana kalau makan berlebihan pun membuatkan perut saya rasa tak selesa. Apa pun, selepas kimoterapi, saya kena tahu bagaimana kesannya kepada diri saya.”

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu, pendedahan itu dibuat menerusi konsert Gegar Vaganza pada tahun 2017.

 

Baca : Berat hanya 35kg, Elyana Tunjuk Keadaan Terkini Selepas Berhenti Buat Kemoterapi

Elyana8

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.